Skip to main content

11 TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE


11 TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE


1) MENGENAL PASTI PRODUK

Sebelum memulakan perniagaan, pastikan anda sudah ada produk yang ingin dijual. Tips nya, anda perlu rajin membuat research tentang sesuatu produk
yang mendapat permintaan ramai.

Jika permintaan melebihi sasaran, sangat mudah untuk anda jana pendapatan dan meneruskan perniagaan. Tidak kisah sama ada produk atau servis. Janji ia mendatangkan hasil.

2) MENYELESAIKAN MASALAH SEKELILING

Maksudnya, anda perlu fokus terhadap masalah orang di sekeliling anda dan
dari situlah anda perlu mewujudkan sesuatu produk atau servis yang mampu
menyelesaikan masalah tersebut.

Peluang itulah yang kita cari dan dalam masa yang sama, kita dapat membantu orang yang memerlukan. Bukan mengejar keuntungan semata. Sekarang ni, cuba anda fikirkan masalah di sekeliling anda. Mesti ada!

3) MULAKAN PERNIAGAAN KOS RENDAH

Untuk pertama kali memulakan perniagaan, anda haruslah memulakannya dengan menggunakan kos yang rendah dahulu. Dalam perniagaan online, terlalu banyak bisnes yang menggunakan kos yang rendah. Malah, ada bisnes yang tidak memerlukan kos seperti dropship, affiliate dan servis.

Saya bagi satu contoh. Jika anda ada ilmu dalam graphic design seperti edit
gambar, edit banner, edit flyers dan lain-lain, anda boleh menawarkan perkhidmatan design kepada kenalan terdekat anda. Mudah, kan?





4) KREATIF DAN INOVATIF

Ini adalah satu kelebihan jika anda seorang yang kreatif dan invoatif.
Perniagaan anda mampu bergerak pantas jika anda melakukan sesuatu perniagaan lain daripada yang lain. Cipta sesuatu yang baru atau ubah sesuatu produk menjadi lebih menyerlah.

Anda lihat saja pengusaha coconut shake, cendol bakar, pisang cheese, dan seumpama dengannya. Mereka mencipta sesuatu yang unik dan menepati citarasa orang ramai. Itu contoh perniagaan offline. Saya percaya, anda bijak. Pasti anda juga ada kelebihan tersendiri untuk mencipta satu benda baru dalam perniagaan online pula.

5) MEMPUNYAI MENTOR

Mentor adalah peranan paling penting dalam memulakan perniagaan. Segala ilmu dan tunjuk ajar datangnya daripada mentor. Mentor diibaratkan 'cikgu' kita
sepanjang menjalankan perniagaan kerana dari mereka, kita dapat menjana banyak idea serta meningkatkan dan mengembangkan lagi perniagaan.

Tips dan motivasi daripada mereka mampu mengubah mindset kita untuk pergi lebih jauh. Jadi, siapakah mentor anda?



6) RAJIN MENYERTAI SEMINAR PERNIAGAAN

Walau telah banyak kita membuat research, tetap juga tidak sama dengan mendengar terus daripada mulut pakar atau mentor perniagaan kita dengan menyertai seminar atau motivasi yang diadakan oleh pakar perniagaan.

Dalam hal ini, kita perlu melabur sedikit wang untuk mendapatkan ilmu perniagaan dan nasihat yang lebih mendalam supaya dapat perbaiki lagi kelemahan dalam perniagaan kita. InshaAllah berjaya.

7) STRATEGI PENGIKLANAN

Dalam perniagaan online, perkara paling penting adalah pengiklanan. Anda tidak boleh samakan perniagaan online dengan perniagaan offline. Perniagaan offline dah sememangnya kita nampak barang itu dalam keadaan fizikal. Perniagaan online memerlukan pengiklanan yang efektif dan meluas untuk menarik pelanggan kerana barang-barang online adalah maya. Prospek tidak akan nampak jika anda tidak membuat pengiklanan.

Setakat beriklan masih tidak cukup. Anda juga perlu ada strategi untuk membuat iklan. Perlu mencari lubuk yang sesuai, editing yang menarik, ayat yang sistematik dan faham teknik dengan betul.

8) NAMA PERNIAGAAN YANG MENARIK

Bagi anda yang ingin mencipta jenama sendiri, tips ini perlu diutamakan. Namakan perniagaan anda yang sesuai dengan produk yang ingin dijual. Jangan terlalu panjang atau complicated sangat.

Nama yang unik dan simple akan lebih mudah untuk diingati oleh pelanggan. Jika sudah ada nama, segera buat semakan online untuk nama domain website anda sama ada masih available atau tidak.



9) LUASKAN ILMU PERNIAGAAN

Mungkin anda rasa ilmu yang ada dalam diri anda sudah cukup untuk meneruskan perniagaan atau memulakan perniagaan. Jika anda berfikiran sebegitu, anda gagal. Sejauh mana pun kita mendalami ilmu, masih banyak lagi yang lebih hebat dan luar biasa.

Sedangkan orang yang bergelar jutawan pun masih menerokai ilmu baru, inikan pula kita yang baru nak naik. Cari orang yang berilmu dan berjaya untuk perbaiki segala kelemahan kita dan menambah lagi ilmu dalam perniagaan.

10) JANGAN SUKA TUNGGU DAN LIHAT

Inilah kelemahan kita sebenarnya. Percaya atau tidak, tabiat kita adalah suka tunggu dan lihat. Suka tengok dulu bisnes orang tu berjaya atau tidak, dapat sambutan ke tidak. Malangnya, prospek kita sudah kenal dan percaya dengan produk pesaing berbanding produk kita.

Walhal, mereka sepatutnya yang menjadi pelanggan kita dahulu sebelum menjadi pelanggan pesaing. Jadi, anda sudah ada produk? Lancarkan sekarang!

11) GUNA LEBIH DARIPADA 1 TEKNIK PEMASARAN

Secara kasarnya, ramai yang membuat pengiklanan melalui facebook ads. Tahukah anda, pemasaran online ini meluas dan tidak terhad. Jika pesaing anda hanya menggunakan pemasaran facebook, anda boleh gunakan pemasaran di instagram, google plus, blog, website dan lain-lain.

Penuhkan segala ruang pengiklanan yang ada. Produk anda akan lebih dikenali ramai dan mendapat kepercayaan yang lebih daripada orang ramai! ;)



P/S : Beberapa tips di sini adalah daripada pakar perniaagaan internet, Irfan Khairi. Baca post sebelum ini berkenaan Facebook MasterClass Irfan Khairi untuk idea yang lebih hebat. Bunyi pun dah hebat, apatah lagi isi dalamnya ;)

Comments

  1. what a great post..thank you for sharing..memang berguna untuk individu yang nak mulakan bisnes online :) nice tips. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Most welcome. Tips asas je. Sekadar berkongsi ilmu walaupun sedikit :) And thanks for your comments ;)

      Delete

Post a Comment

Your comment are welcome ;)

Popular posts from this blog

Chalet Mesra Pengkalan Balak, Melaka

9 / 2 / 2016 | Hari Pertama 9 Februari 2016, hari selasa yang merupakan hari kedua untuk Chinese New Year. Pagi itu juga kami ke Pengkalan Balak, Melaka selama 2 hari 1 malam je. Short vacation saja santai-santai buat BBQ tepi pantai. Sebelum pergi, macam biasa lah. Dah lawa-lawa, kita selfie dulu. Buat kenangan, kan. Lepas tu pulak, ada geng. Memang jadi photogragpher la masing-masing. Hehe Lighting terlebih ni lah jadinya. Padahal baru pukul 8.30am masa ni. Okey, sebenarnya saya sorang je yang menyibuk ikut family pakcik saya short vacation ni. Lagi pun, memang anak dia yang ajak. Buat teman katanya. Maklum lah, dia anak sulung. Dia sorang pulak tu perempuan. Haaa so takde geng la kan :D Kami sebenarnya ada 3 sepupu perempuan yang sebaya termasuk saya. Cuma ada lagi sorang tak ikut. Sorry geng, semua ni tak rancang. Next time kita vacation bertiga sama-sama okay? ;) Sebelum mulakan perjalanan, izinkan kami selfie dulu lah ye? Hehehe :P Kelas

Jalan Jalan Cari SHELL OUT

Ok! Hari ni saya nak bawak readers jalan-jalan cari Shell Out! Jom ikut misi saya iaitu Misi Mencari Berat Badan #MissionTwo :D #MissionOne Ada Di Sini Apa itu Shell Out ? Kalau nak tahu, Shell Out ni makanan yang tengah trend sekarang! Makan makanan laut ramai-ramai atas satu meja. Alaaa lebih kurang macam makan Nasi Ambang . Kalau orang jawa , tau laa macam mana makan Nasi Ambang tu. Hehehe Comel tak kami? :P Hahaha siap pakai apron lagi macam baby. Hihihi >,< Nak makan Shell Out ni memang kena pakai apron. Maklum laa nanti nak main ketuk-ketuk kaki Crab yang besar gedabak tu pakai tukul! :D  Ada disediakan tukul dan kepit khas untuk ketuk kaki ketam ;) Memang syok laa Setiap jenis makanan laut, ada sambal dan kuah yang tersendiri. Means, nak masak sambal ke, kari ke, butter garlic ke macam-macam lah. Boleh pilih! Dan nak pedas ke tak ke semua boleh pilih. Nanti chef yang masakkan, kita tinggal makan je :D Haaa! Kalau perut dah l

FESYEN BLOUSE MUSLIMAH TERKINI

Hai readers setia saya! Hari ni mood happy, so saya nak kongsi beberapa Fesyen Blouse Muslimah Terkini dengan anda semua. Maklum lah, zaman sekarang kan fesyen itu penting! :D Fesyen Muslimah sekarang ni memang tengah dapat sambutan yang hangat dan semakin mendapat permintaan yang tinggi! Sejak 2-3 tahun yang lepas, penggemar fesyen ni dijamu dengan bermacam-macam pilihan pakaian Muslimah yang modern and trendy . Sama jugak dengan kemunculan jenama-jenama pakaian Muslimah yang makin banyak kita boleh jumpa dekat media-media sosial online, tak pun dekat shopping mall. Ada yang minat dengan design hijab zaman sekarang, style jubah yang cantik-cantik and ada juga yang obses dengan fesyen Blouse Muslimah Terkini  macam saya. Hehehe. Semua blouse Muslimah  kat bawah ni sesuai dipakai untuk ke pejabat. Boleh juga dibuat sebagai pakaian kasual untuk berhujung minggu dengan kawan-kawan ataupun family. Jom tengok! This one adalah koleksi blouse M