Skip to main content

Chalet Mesra Pengkalan Balak, Melaka


9 / 2 / 2016 | Hari Pertama
9 Februari 2016, hari selasa yang merupakan hari kedua untuk Chinese New Year. Pagi itu juga kami ke Pengkalan Balak, Melaka selama 2 hari 1 malam je. Short vacation saja santai-santai buat BBQ tepi pantai.

Sebelum pergi, macam biasa lah. Dah lawa-lawa, kita selfie dulu. Buat kenangan, kan. Lepas tu pulak, ada geng. Memang jadi photogragpher la masing-masing. Hehe


Lighting terlebih ni lah jadinya. Padahal baru pukul 8.30am masa ni.

Okey, sebenarnya saya sorang je yang menyibuk ikut family pakcik saya short vacation ni. Lagi pun, memang anak dia yang ajak. Buat teman katanya. Maklum lah, dia anak sulung. Dia sorang pulak tu perempuan. Haaa so takde geng la kan :D

Kami sebenarnya ada 3 sepupu perempuan yang sebaya termasuk saya. Cuma ada lagi sorang tak ikut. Sorry geng, semua ni tak rancang. Next time kita vacation bertiga sama-sama okay? ;)


Sebelum mulakan perjalanan, izinkan kami selfie dulu lah ye? Hehehe :P Kelasss u alls siap pakai spek mata besar. Tak padan dengan muka kecik. Kikiki

Bismillahirrahmanirrahim. Jom mulakan perjalanan ke Chalet Mesra Pengkalan Balak, Melaka! Hai orang Melaka, kami orang Selangor nak datang :D

Mari lah kita cuci-cuci mata dulu tengok pantai dekat Pengkalan Balak, Melaka ni. Memang cantik!

Here we go . . . . .




intai siapa tu kak? intai awak la. Opss! hehehe



Lelaki tu adik dia, Hafey. Adik dia lagi sorang, Haikal.
Mana entah dia, tengah sibuk selfie kot. Huhu


Haaa ini lah pakcik dan makcik saya. Segak bergaya semua! Hihi :D


Ni lah chalet kami. Bentuk macam rumah, tapi masuk-masuk terus katil. Hehehe boleh tahan laaa. Sebab . . . . .


Sebabnya chalet ni betul-betul depan pantai!
Keluar pintu je dah boleh terus lari terjun pantai. Hahaha


Ini pulak pondok kami. Terpulang nak buat apa.
Nak bbq ke, nak makan ke apa semua boleh. Tepi pantai je!
Syokkkk dengan angin pantai ^_^


Gambar ni diambil dari pintu masuk. So, okey lah kan? Sewa 1 bilik je.
Ada katil, kipas, aircond, meja, 2 buah kerusi, peti ais kecil, 1 bilik air


Ni dari arah dalam. Belah kanan tu pintu masuk.
Sorry lah bersepah sikit. Hihihi
Haaa, lupa nak cakap. Ada tv jugak!

* tapi siaran pandai-pandai la adjust sendiri ye :P


Ni pulak dari arah bilik belakang nak ke bilik air.
Ada sejadah dan peti ais kecik tu. Hehee comel jee

* sorry la awak, tersnap pic awak sekali. Hihi


Tada! Ni lah bilik air yang dimaksudkan tadi. Not bad laa.
Singki kat dalam ada, kat luar pun ada sebelum masuk toilet.


Haa dah petang-petang sikit, apa lagi? berBBQ lah kita!
Sekarang, misi menghidupkan bara.

Saya cuba kipas kuat-kuat, sekali keluar api. Wow!
First time hidupkan bara jadi api. Excited sangat! Hahaha


Yummy!!! Rasa lapar tak tengok ni? Emm
Sebenarnya saya yang rasa lapar masa update ni. Huhuhu >,<

Dah kenyang, kita rehat-rehat dulu menunggu petang nak mandi pantai!
Tak sanggup nak mandi tengah panas terik tu. Sunburn nanti. Huhuhu


Tunggu apa lagi? Dah petang, mari la kita tanam-menanam orang :D


Yang best nya siap boleh duduk ramai-ramai atas dia. Hahaha


Tak nampak muka pun takpe lah.
Janji nampak pantai. HAHAHA

Dah kenyang, dah mandi, dah penat, semua dah lah.
Sekarang, tiba masanya nak tengok matahari terbenam pulak :)


Ini je yang sempat snap. Indah sungguh ciptaan Allah!
Tenang je rasa bila tengok matahari terbenam tepi pantai.

Tamatlah sudah aktiviti untuk hari ini. Esok? Tengok bawah ni :D


10 / 2 / 2016 | Hari Kedua

Celik je mata terus ingat pantai. Hehehe. Hai, nak cerita untuk hari kedua kami di Pantai Pengkalan Balak, Melaka ni. Pantai nya memang cantik sangat. Tempatnya pun tenang. Sesuai untuk orang yang suka vacation santai-santai :)


Untuk hari ni, saya tak mandi. Cuma selfie-selfie tepi pantai je. Disebabkan semalam tengah lepak sorang-sorang tepi pantai tu, saya nampak ada belangkas!

eeeee! Tak dapat bayangkan kalau semalam tengah mandi, tiba-tiba ada belangkas lah ikan lah. Ishh! Tak sangka ada benda-benda tu kat sini :(
Patut lah keluar-keluar je, tengok ada orang tengah memancing. Emmm

Memang lah tak gigit. Tapi, cuba bayangkan kalau tengah mandi. Then, dia 'hai' kat sebelah kita camne? Hahahaha xD


Dengan itu, pakcik saya pun ikut memancing macam orang lain. Huhuhu


Dan . . . . .


Selfie lah! Dengan muka tak mandi xD
Tapi, still cantik kan? Ehhh! Hahahah


Ok, dah dah. Cukup. Banyak lagi sebenarnya.
Tak mampu nak upload semua, buat kenangan je lah. Hehehe


Sebelum balik, wajib lah bergambar dulu for the last picture! ;)

Kami tak balik terus. Tapi, singgah bermalam dekat rumah makcik yang duduk dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Alang-alang dah lalu kan. Singgah lah. Hehehe

Anyway, thanks for reading! Kepada yang dah plan nak pergi Chalet Mesra Pengkalan Balak, Melaka ni. Silalah sediakan semuanya seperti seterika, jag pemanas air, toto (jika perlu) sebab semua tu tak disediakan. Kalau nak, kena sewa macam kat bawah ni.


Okey lah. Terima kasih juga kepada pakcik dan makcik saya sebab sudi bawak saya sekali ke short vacation ni :) Nah, saya belanja video sikit :D


Semoga terhibur & jumpa lagi!




Comments

  1. wah~ main kat pengkalan balak. dkat dah dgn asrama kita. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke. Untung laa asrama dekat dengan pantai. Huhuhu

      Delete
  2. bestnya...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html

    pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best best.
      Okey sama-sama. Terima kasih juga ye sebab saya tercalon dalam senarai ^^

      Delete
  3. Pergh.. Best betull.. Baru je td pas makan satay tepi pantai nyaman je rasa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Terima kasih :D
      Sedap tu satay. Lama tak makan >,<

      Delete
  4. Replies
    1. Masa tengah hari tu panas jugak lah. Tapi sebab tepi pantai kan, berangin laa. Dapat angin pantai walaupun panas. Hehehe :)

      Delete
  5. ada plan nak ke sini,tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke. Hehehe okey. Most welcome :) Have fun! ;)

      Delete
  6. Salam..sorry nak tanya
    ada x contact no. untuk chalet ni? plan nk g tok raya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Ada saya share kat dalam entry ni.
      Ni number nya :

      06-3847763 / 012-6985582

      Delete

Post a Comment

Your comment are welcome ;)

Popular posts from this blog

Jalan Jalan Cari SHELL OUT

Ok! Hari ni saya nak bawak readers jalan-jalan cari Shell Out! Jom ikut misi saya iaitu Misi Mencari Berat Badan #MissionTwo :D #MissionOne Ada Di Sini Apa itu Shell Out ? Kalau nak tahu, Shell Out ni makanan yang tengah trend sekarang! Makan makanan laut ramai-ramai atas satu meja. Alaaa lebih kurang macam makan Nasi Ambang . Kalau orang jawa , tau laa macam mana makan Nasi Ambang tu. Hehehe Comel tak kami? :P Hahaha siap pakai apron lagi macam baby. Hihihi >,< Nak makan Shell Out ni memang kena pakai apron. Maklum laa nanti nak main ketuk-ketuk kaki Crab yang besar gedabak tu pakai tukul! :D  Ada disediakan tukul dan kepit khas untuk ketuk kaki ketam ;) Memang syok laa Setiap jenis makanan laut, ada sambal dan kuah yang tersendiri. Means, nak masak sambal ke, kari ke, butter garlic ke macam-macam lah. Boleh pilih! Dan nak pedas ke tak ke semua boleh pilih. Nanti chef yang masakkan, kita tinggal makan je :D Haaa! Kalau perut dah l

FESYEN BLOUSE MUSLIMAH TERKINI

Hai readers setia saya! Hari ni mood happy, so saya nak kongsi beberapa Fesyen Blouse Muslimah Terkini dengan anda semua. Maklum lah, zaman sekarang kan fesyen itu penting! :D Fesyen Muslimah sekarang ni memang tengah dapat sambutan yang hangat dan semakin mendapat permintaan yang tinggi! Sejak 2-3 tahun yang lepas, penggemar fesyen ni dijamu dengan bermacam-macam pilihan pakaian Muslimah yang modern and trendy . Sama jugak dengan kemunculan jenama-jenama pakaian Muslimah yang makin banyak kita boleh jumpa dekat media-media sosial online, tak pun dekat shopping mall. Ada yang minat dengan design hijab zaman sekarang, style jubah yang cantik-cantik and ada juga yang obses dengan fesyen Blouse Muslimah Terkini  macam saya. Hehehe. Semua blouse Muslimah  kat bawah ni sesuai dipakai untuk ke pejabat. Boleh juga dibuat sebagai pakaian kasual untuk berhujung minggu dengan kawan-kawan ataupun family. Jom tengok! This one adalah koleksi blouse M