Skip to main content

Jalan Jalan Cari SHELL OUT




Ok! Hari ni saya nak bawak readers jalan-jalan cari Shell Out! Jom ikut misi saya iaitu Misi Mencari Berat Badan #MissionTwo :D


Apa itu Shell Out? Kalau nak tahu, Shell Out ni makanan yang tengah trend sekarang! Makan makanan laut ramai-ramai atas satu meja. Alaaa lebih kurang macam makan Nasi Ambang. Kalau orang jawa, tau laa macam mana makan Nasi Ambang tu. Hehehe


Comel tak kami? :P Hahaha siap pakai apron lagi macam baby. Hihihi >,<

Nak makan Shell Out ni memang kena pakai apron. Maklum laa nanti nak main ketuk-ketuk kaki Crab yang besar gedabak tu pakai tukul! :D Ada disediakan tukul dan kepit khas untuk ketuk kaki ketam ;) Memang syok laa

Setiap jenis makanan laut, ada sambal dan kuah yang tersendiri. Means, nak masak sambal ke, kari ke, butter garlic ke macam-macam lah. Boleh pilih! Dan nak pedas ke tak ke semua boleh pilih. Nanti chef yang masakkan, kita tinggal makan je :D


Haaa! Kalau perut dah lapar tambah excited nak melahap, memang dah habis makan baru sempat nak snap. HAHAHA! Seriously memang puas hati! Memang sedap! Blurppp kenyang xD

Kenyang giler! Ingat nak tambah lagi, tapi perut rasa dah nak terburai. Kahkahkah. So, cukup lah dah dapat makan ketam, udang, lala and lagi satu tu apa tah nama nya dengan harga lebih kurang RM420+

awesome

Wow! Memang mahal GILER tapi puas GILER. Nasib baik tak jadi gila. Hahaha. Paling terbaik setakat ni. Greeting masuk dan keluar HAPPENING, layanan TIPTOP, makanan SUPERB, harga BERPATUTAN, eh semuanya COMPLETE lah!

Seriously, orang yang tengah sedih datang sini pun lastly mampu tersenyum! (aku la tu, krik krik)

Shell Out adalah kedai yang paling SPORTING yang pernah saya pergi berbanding tempat-tempat makan yang lain!


Special nya kedai ni, kita boleh mintak marker pen dan conteng-conteng ikut suka hati kita nak conteng apa. Tinggalkan jejak kesan kita! Wahh! Tak pernah ada lagi kedai yang sanggup menggadai tempatnya untuk  diconteng, kan?

Tapi, kedai ni memang sporting habis. Kat setiap cermin kedai ni semua dah penuh dengan contengan customer. Contengan semua tu menjadikan cermin kedai tu nampak seperti hiasan abstract. Kreatif!

So, gambar atas ni adalah antara contengan yang sempat saya tinggalkan. Huhuhu. Peringatan kepada semua yang nak pergi sini, sediakan PEN MARKER SENDIRI sebab memang yakin dakwat tu ada.

Disebabkan saya first time datang sini terpaksa pinjam marker kedai, tapi dakwat nya pun dah malu-malu nak keluar. Huhuhu sedih >,<

Apa-apa pun, korang semua WAJIB try makan dekat sini taw. Memang tak menyesal! Sebelum datang, lebih baik booking dulu okey (takut tak dapat tempat, hehe) ;D

Instagram : Shell Out
Facebook : Shell Out

Comments

  1. boleh tahan jugak harga dia..telan air liur jer la..haha

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaaaaaaaa. teringinnnnn. harga dia (i.i) HAHA

    ReplyDelete
  3. part boleh conteng tu saya sukaa. haha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Hehehe saya pun tak tau. Kena tanya owner kedai la kenapa dia letak nama Shell Out ;D

      Delete

Post a Comment

Your comment are welcome ;)

Popular posts from this blog

Chalet Mesra Pengkalan Balak, Melaka

9 / 2 / 2016 | Hari Pertama 9 Februari 2016, hari selasa yang merupakan hari kedua untuk Chinese New Year. Pagi itu juga kami ke Pengkalan Balak, Melaka selama 2 hari 1 malam je. Short vacation saja santai-santai buat BBQ tepi pantai. Sebelum pergi, macam biasa lah. Dah lawa-lawa, kita selfie dulu. Buat kenangan, kan. Lepas tu pulak, ada geng. Memang jadi photogragpher la masing-masing. Hehe Lighting terlebih ni lah jadinya. Padahal baru pukul 8.30am masa ni. Okey, sebenarnya saya sorang je yang menyibuk ikut family pakcik saya short vacation ni. Lagi pun, memang anak dia yang ajak. Buat teman katanya. Maklum lah, dia anak sulung. Dia sorang pulak tu perempuan. Haaa so takde geng la kan :D Kami sebenarnya ada 3 sepupu perempuan yang sebaya termasuk saya. Cuma ada lagi sorang tak ikut. Sorry geng, semua ni tak rancang. Next time kita vacation bertiga sama-sama okay? ;) Sebelum mulakan perjalanan, izinkan kami selfie dulu lah ye? Hehehe :P Kelas

FESYEN BLOUSE MUSLIMAH TERKINI

Hai readers setia saya! Hari ni mood happy, so saya nak kongsi beberapa Fesyen Blouse Muslimah Terkini dengan anda semua. Maklum lah, zaman sekarang kan fesyen itu penting! :D Fesyen Muslimah sekarang ni memang tengah dapat sambutan yang hangat dan semakin mendapat permintaan yang tinggi! Sejak 2-3 tahun yang lepas, penggemar fesyen ni dijamu dengan bermacam-macam pilihan pakaian Muslimah yang modern and trendy . Sama jugak dengan kemunculan jenama-jenama pakaian Muslimah yang makin banyak kita boleh jumpa dekat media-media sosial online, tak pun dekat shopping mall. Ada yang minat dengan design hijab zaman sekarang, style jubah yang cantik-cantik and ada juga yang obses dengan fesyen Blouse Muslimah Terkini  macam saya. Hehehe. Semua blouse Muslimah  kat bawah ni sesuai dipakai untuk ke pejabat. Boleh juga dibuat sebagai pakaian kasual untuk berhujung minggu dengan kawan-kawan ataupun family. Jom tengok! This one adalah koleksi blouse M