Wednesday, 11 May 2016

KASUT HANDMADE ORIGINAL MAZ BRAZIL





Hai semua pembaca! :) Hari ni saya nak cerita sikit dan buat pengenalan mengenai Kasut Maz Original Buatan Tangan Brazil yang diimport daripada negara Brazil ke negara Malaysia. Ada sesiapa yang tahu ke pasal jenama kasut terbaru ni? Rasanya ramai yang masih belum pernah dengar jenama kasut ni, kan? Kalau belum, mari teruskan baca serba sedikit tentang kasut Maz Brazil ni.


Ini adalah logo kasut Maz Brazil. Nampak tak dalam logo tu tertulis "original". Ya! Kasut Maz Brazil ni memang original. Bukan copy original dan bukan kasut gred. Harga pun memang sangat berpatutan dan tidak mahal seperti jenama-jenama terkenal yang sudah ada di Malaysia. Harga yang bersesuaian dengan kasut dan boleh dikatakan jatuh murah!


Untuk pengetahuan anda, kasut Maz ini adalah sangat limited di pasaran dan Maz adalah jenama terbaru daripada Brazil. Kasut yang baru saja memasuki Malaysia dan ia adalah kasut ready stock!


Put some colors in your life. Anda wajib memiliki kasut Maz Brazil ini di rumah walaupun satu. Kasut yang mempunyai pelbagai warna dan jenis mengikut citarasa anda. Warna yang sangat unik dan semestinya 100% High Quality kerana ianya buatan tangan daripada Brazil :)


Ini adalah pengenalan mengenai kasut Maz yang diimport daripada negara Brazil. Kasut yang 100% buatan tangan Brazil dan kualiti yang dijamin. Paling seronok adalah harga kasut yang sangat berpatutan dengan kualiti kasut.

Boleh dikatakan semua orang mampu memilikinya. Best, kan? Jom teruskan pembacaan anda sehingga akhir! ;) Kali ini, mari kita kenal DNA MAZ yang dicipta khas untuk anda semua.




Okey, ini adalah DNA kasut Maz Brazil dimana setiap kasut mempunyai identiti yang tersendiri dan sangat bersesuaian dengan kehidupan seharian anda. Setiap kasut, mungkin ada salah satu yang berseuaian dengan diri anda ;)

Antaranya, kasut ini sangat fleksibel dan kena dengan gaya hidup masyarakat seperti yang dinyatakan dalam gambar di atas. Selain itu, inovasi juga adalah salah satu daripada DNA kasut Maz yang sentiasa menjaga fesyen dan mempunyai revolusi yang unik direka khas untuk perjalanan yang lebih sihat.

Paling menyeronokkan, kasut Maz ini adalah bersifat bebas, warna yang menarik dan kasut yang sangat ringan yang dapat menghidupkan semangat untuk bergaya dan berjalan ke mana sahaja. Apa yang sangat penting adalah gaya tersendiri. Ya, mempunyai gaya tersendiri dan bebas untuk mencipta inovasi dalam dunia fesyen.

Kebebasan pula semuanya berada di tangan anda. Gayakan apa saja yang anda mahu dan jadi diri sendiri untuk lebih dikenali fesyen yang anda cipta. Itu adalah sangat penting kerana kebebasan berada di tangan kita ;)




CIRI-CIRI KASUT MAZ BRAZIL

● Tahan lama
● 100% Berkualiti tinggi
● 100% Buatan tangan Brazil
● Seberat 200 gram sahaja
● Pencegah bau yang kuat
● Diperbuat daripada bahan nilon
● Boleh dilipat, disimpan di dalam beg dan poket
 Mempunyai 1600 kombinasi warna
● Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh
● Cepat kering dalam masa 10 - 15 minit sahaja
● Tidak melecet apabila berjalan jauh



Ini adalah contoh carta saiz untuk kasut Maz Brazil. Cara mencari saiz :

1. Ambil tali tape atau apa-apa benda ukuran yang mempunyai CM
2. Ukur pakai CM daripada hujung ibu jari kaki hingga ke hujung tumit kaki
3. Rujuk pada gambar rajah pada CM dan saiz Brazil (unisex)

Jika anda mendapat pertengahan antara dua saiz, anda boleh pilih saiz yang lebih besar daripada saiz ukuran yang anda dapat. Contoh :

Ukuran CM yang anda dapat : 23.5 cm

Anda perlu ambil saiz 36 Brazil (unisex). Okey, faham? Kalau ada yang masih tidak faham, sila tinggalkan pertanyaan anda di ruangan komen di bawah :)


8 JENIS DESIGN KASUT MAZ BRAZIL


CLASSIC. Ia lebih kepada gaya yang simple dan mempunyai jahitan yang kemas seperti yang anda lihat di dalam gambar.


GLAMOUR. Sudah pasti peminatnya adalah perempuan! Sebab itu dinamakan glamour kerana corak dan jenis kasut ini sungguh berkilau jika si pemakai menggayakannya!


ROCK. Lebih menonjol dan corak keganasan yang terserlah pada kasut. Sangat sesuai kepada remaja yang mempunyai jiwa rock & kental di luar sana.


SHINE. Batu-batu berkelipan di tepi kasut yang diletakkan untuk menampakkan si pemakai lebih bersinar dan sangat cantik apabila dipandang dari jauh.


COOL. Reka bentuk dan style yang ditunjukkan adalah simple dan sesuai dipakai bersama pakaian kasual.


SUEDE. Diperbuat daripada kain baldu yang kelihatan lebih tenang. Ia tidak terlalu menonjol seperti kasut-kasut yang lain dan ia mempunyai identitinya sendiri.


BOOTS. Kasut boots adalah antara kasut yang popular di kalangan masyarakat. Sangat sesuai jika dipadankan dengan seluar tight untuk lebih bergaya.


SNEAKER. Permintaan yang sangat banyak kerana kasut sneakers adalah antara kasut yang selesa dipakai untuk berjalan dan sesuai dipakai dengan apa sahaja pakaian yang dipadankan.




Awesome right kasut Handmade Original Maz Brazil ni? Mungkin ada di antara pembaca yang tertanya-tanya. Dekat mana nak dapatkan kasut limited edition ni atau nak contact seller ni?

Mudah saja. Anda boleh contact di salah satu talian di bawah :

Email : mazlegsyen@gmail.com
Instagram : @mazlegsyen
WhatsApp : 017 678 1748

Itu saja pengenalan kasut Original Maz Brazil ini daripada saya. Lain hari, saya akan kongsi lebih banyak lagi info untuk pengetahuan anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca dan sentiasa mengikuti perkembangan saya di sini ;)

HAVE A NICE DAY GUYS!

Tuesday, 26 April 2016

TREND INSTANT SHAWL POPULAR



Hai, selamat pagi semua pembaca :) Pagi ni mood rajin sikit nak menaip. So, hari ni saya nak cerita sedikit tentang Trend Instant Shawl Popular kepada anda semua. Mana tahu dapat tambah ilmu bagi yang masih belum tahu tu kan? :)

Memang tak dinafikan yang fesyen instant shawl sekarang ni sememangnya cukup popular di kalangan wanita bertudung sejak awal kemunculannya sampailah ke hari ni. Betul tak? Rekaan instant shawl yang trendy dan mudah dipakai sekarang ni makin tinggi permintaannya.

No wonder lah kalau semakin ramai peniaga di luar sana berlumba-lumba untuk keluarkan koleksi instant shawl ke dalam pasaran. Hari ni, kita dapat lihat fenomena instant shawl yang cukup luar biasa dalam aneka pilihan yang cukup menarik seperti contoh di bawah ini :


Trend Instant Shawl Popular



Ini antara Instant shawl yang trendy dan paling popular. Ia direka dengan potongan inner pada bahagian dalam berserta tambahan perincian pada bahagian hujung shawl.

Memang ramai beli instant shawl jenis macam ni sebab mudah dan cepat siap, kan? Tak perlu nak beli-belit banyak kali dah sampai 1 jam. Hehehe


Okey, kalau jenis yang macam ini pula, sesuai bagi mereka yang lebih selesa dengan gaya yang ringkas. Koleksi instant shawl cotton tanpa inner dan perincian macam ini adalah rekaan yang paling ramai suka! Lebih-lebih lagi bagi remaja dan student di luar sana :D


Untuk yang ketiga ni pula, potongan inner pada bahagian dalam instant shawl. Tapi rekaan ini diperbuat daripada fabrik lycra yang lebih mudah dibentuk pada muka dan tidak panas dipakai. Saya ada satu macam ni kat rumah. Memang best! ;)


Cantik betul tudung yang Nora Danish pakai ni, kan? Ini adalah koleksi instant shawl daripada fabrik lycra dan crepe yang anda boleh jumpa dalam rekaan tanpa inner seperti dalam gambar. Apa yang menarik mengenai fabrik ini adalah ia tidak mudah renyuk atau berkedut taw :D


Dan trend instant shawl yang terakhir tentu sekali ia diperbuat daripada fabrik satin yang lembut dan mewah. Satin sememangnya mempunyai penggemar yang tersendiri! Kain yang sangat plain dan cantik. Siapa penggemar Satin di sini? Angkat tangan! Hihihi


Seronok betul kalau cerita bab tudung ni. Sekarang ni memang semua ‘gila shawl’ termasuklah saya. Hehehe. Rasa macam nak penuhkan je satu almari dengan semua jenis shawl, kan? Apa-apa pun, semoga entry ini bermanfaat untuk anda semua dan mendapat ilmu baru dalam mengenal jenis-jenis shawl dan kainnya yang trendy sekarang ni ;)

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah. Kita sembang-sembang okey :D Jumpa lagi!