Skip to main content

FESYEN TUDUNG TERKINI - MOON SCARVES



Hai semua pembaca blog Ima Hamdan! Ya Allah, lama betul tak update blog. Dah bersawang agaknya. Hehehe. Sebenarnya rindu sangat nak aktif berblogging balik macam dulu. Tapi, tu lah. Masa tak mengizinkan. Too much busy!

Busy dengan apa?
Alhamdulillah saya busy dengan bisnes kecil-kecilan saya ni. InshaAllah satu hari nanti boleh jadi besar-besaran. Doa-doakan lah ye :) Setakat ni, saya baru sempat jual Trendy Shoes & Buku. Dalam perancangan untuk jual kasut futsal dan baju jubah. Cuma masih dalam cadangan. Apa-apa pun, supporters daripada anda semua amatlah saya hargai dan perlukan. Tiada anda semua, siapalah saya. Hehehe

  

Tapi, kenapa tajuk tiba-tiba letak Fesyen Tudung Terkini pulak? Sebenarnya saya buat artikel khas ini hanya untuk mengucapkan terima kasih kepada owner Tudung #MoonScarves kerana sangat baik hati telah sponsor salah satu tudung mereka kepada saya yang mereka pasarkan. Terima kasih sangat-sangat!

Anyway, apa yang special dengan Tudung Moon Scarves ni sampai saya 'Fall In Love' sangat dengan tudung ni? Haa meh saya share sikit kot ada yang tertanya-tanya kan?

image from moonscarves.com

Moon Scarves adalah satu jenama tudung terbaru di pasaran online rekaan owner itu sendiri dan juga merupakan 1st Hybrid Scarf in Malaysia yang menggabungkan potongan klasik (4 segi sama) dengan bawal moden (round) pada hujung bucu tudung. Sangat modern look & versatile!

Apa itu Hybrid Scarf?

Hybrid Scarf ialah tudung yang boleh dipakai secara dua versi. Sama ada pakai seperti tudung bawal ataupun pakai seperti selendang. Dua-dua pun boleh! Itulah yang dinamakan Hybrid Scarf. Nice kan? Boleh pakai ikut mood ^_^

Banyak pilihan warna untuk tudung Moon Scarves ni yang boleh anda pilih ikut citarasa sendiri dan padanan yang sesuai. Moon Scarves sangat mementingkan keindahan dan kecantikan seseorang apabila menggayakannya! Sebab itu motto mereka adalah Beautiful Muslim ;)

Sesiapa yang memakainya, InshaAllah terus jadi cantik. Cantik tudung, cantik lagi si pemakai tudung tu. Hehehe sweet kan? :D


Tengok haaa. Meow pun suka dengan tudung ni. Buat macam milik dia pulak. Kalau pakaikan ni mesti comel. Hahahaha :D Her name is Asyuk a.k.a Maimun. Maimun tu embah yang bagi nama. Aduhaii, maimun pun maimun lah ye asyuk >,<

Lagi satu, saya jatuh cinta sangat-sangat dengan Packaging Moon Scarves ni! Cantik betul plastiknya dengan design yang very simple but sangat menarik perhatian. Cantik punya pasal, sampai plastik tu pun memang saya simpan. Sayang pulak nak buang. Hahahah

Okey, mesti ada yang nak tengok macam mana saya gayakan tudung Moon Scarves ni kan? Jom cuci mata jap kat bawah ni. Nak buat tutorial video segan pulak. Tengok gambar je lah ye. Hehehe


Tadaaa! Ini lah hasil Tudung Moon Scarves berwarna Peach Pink yang saya berjaya gayakan. Kain yang nipis dan sesuai dipakai untuk kita yang tinggal di Malaysia yang sedang dilanda musim panas ni. Huhuhu

Tudung yang saya gayakan ini adalah versi selendang dan contoh gambar kat atas tadi adalah versi tudung bawal. Kenapa saya memilih untuk buat versi selendang? Sebab muka saya tak sesuai kalau pakai versi tudung bawal. Nanti muka jadi bulat dan terasa macam muka makin comel. EH? Kikikiki jangan marah >_<


Gaya mestilah kena acah-acah model sikit. Sebab keinginan nak jadi model tu ada la jugak. Cuma tak tahu nak buat gaya macam mana. Maka, terhasillah gaya yang kekok ni. Hahaha


Betul tak macam apa yang saya kata kat atas tadi? Pakai tudung Moon Scarves ni tiba-tiba rasa macam makin cantik. Hahaha #jangankecam :P

By the way, post ini saya buat dengan hati yang ikhlas sebagai penghargaan kepada sponsor kerana sudi bagi saya peluang untuk memiliki tudung Moon Scarves yang terbaru ni! Tiada paksaan, tiada arahan, tiada suruhan. Thank you very much.

Lastly, thanks to you all for reading my article today. InshaAllah saya akan usahakan untuk selalu update perkembangan terbaru semuanya di sini. Semoga bermanfaat :)


Tudung Sponsor by Moon Scarves
~ Blog ~
~ Website ~


p/s : Sebenarnya, bukan tudung saja barang sponsor. Tapi, jubah yang saya pakai tu pun orang sponsor. Next article saya akan cerita pasal jubah pulak. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang sudi sponsor semua ni. Terharu sangat. Semoga semakin murah rezeki untuk mereka semua. Aminnn :')

Comments

Popular posts from this blog

Chalet Mesra Pengkalan Balak, Melaka

9 / 2 / 2016 | Hari Pertama 9 Februari 2016, hari selasa yang merupakan hari kedua untuk Chinese New Year. Pagi itu juga kami ke Pengkalan Balak, Melaka selama 2 hari 1 malam je. Short vacation saja santai-santai buat BBQ tepi pantai. Sebelum pergi, macam biasa lah. Dah lawa-lawa, kita selfie dulu. Buat kenangan, kan. Lepas tu pulak, ada geng. Memang jadi photogragpher la masing-masing. Hehe Lighting terlebih ni lah jadinya. Padahal baru pukul 8.30am masa ni. Okey, sebenarnya saya sorang je yang menyibuk ikut family pakcik saya short vacation ni. Lagi pun, memang anak dia yang ajak. Buat teman katanya. Maklum lah, dia anak sulung. Dia sorang pulak tu perempuan. Haaa so takde geng la kan :D Kami sebenarnya ada 3 sepupu perempuan yang sebaya termasuk saya. Cuma ada lagi sorang tak ikut. Sorry geng, semua ni tak rancang. Next time kita vacation bertiga sama-sama okay? ;) Sebelum mulakan perjalanan, izinkan kami selfie dulu lah ye? Hehehe :P Kelas

Jalan Jalan Cari SHELL OUT

Ok! Hari ni saya nak bawak readers jalan-jalan cari Shell Out! Jom ikut misi saya iaitu Misi Mencari Berat Badan #MissionTwo :D #MissionOne Ada Di Sini Apa itu Shell Out ? Kalau nak tahu, Shell Out ni makanan yang tengah trend sekarang! Makan makanan laut ramai-ramai atas satu meja. Alaaa lebih kurang macam makan Nasi Ambang . Kalau orang jawa , tau laa macam mana makan Nasi Ambang tu. Hehehe Comel tak kami? :P Hahaha siap pakai apron lagi macam baby. Hihihi >,< Nak makan Shell Out ni memang kena pakai apron. Maklum laa nanti nak main ketuk-ketuk kaki Crab yang besar gedabak tu pakai tukul! :D  Ada disediakan tukul dan kepit khas untuk ketuk kaki ketam ;) Memang syok laa Setiap jenis makanan laut, ada sambal dan kuah yang tersendiri. Means, nak masak sambal ke, kari ke, butter garlic ke macam-macam lah. Boleh pilih! Dan nak pedas ke tak ke semua boleh pilih. Nanti chef yang masakkan, kita tinggal makan je :D Haaa! Kalau perut dah l

FESYEN BLOUSE MUSLIMAH TERKINI

Hai readers setia saya! Hari ni mood happy, so saya nak kongsi beberapa Fesyen Blouse Muslimah Terkini dengan anda semua. Maklum lah, zaman sekarang kan fesyen itu penting! :D Fesyen Muslimah sekarang ni memang tengah dapat sambutan yang hangat dan semakin mendapat permintaan yang tinggi! Sejak 2-3 tahun yang lepas, penggemar fesyen ni dijamu dengan bermacam-macam pilihan pakaian Muslimah yang modern and trendy . Sama jugak dengan kemunculan jenama-jenama pakaian Muslimah yang makin banyak kita boleh jumpa dekat media-media sosial online, tak pun dekat shopping mall. Ada yang minat dengan design hijab zaman sekarang, style jubah yang cantik-cantik and ada juga yang obses dengan fesyen Blouse Muslimah Terkini  macam saya. Hehehe. Semua blouse Muslimah  kat bawah ni sesuai dipakai untuk ke pejabat. Boleh juga dibuat sebagai pakaian kasual untuk berhujung minggu dengan kawan-kawan ataupun family. Jom tengok! This one adalah koleksi blouse M