
Hai, selamat
pagi semua pembaca :) Pagi ni mood rajin sikit nak menaip. So, hari ni saya nak
cerita sedikit tentang Trend Instant
Shawl Popular kepada anda semua. Mana tahu dapat tambah ilmu bagi yang
masih belum tahu tu kan? :)
Memang tak
dinafikan yang fesyen instant shawl sekarang ni sememangnya cukup popular di
kalangan wanita bertudung sejak awal kemunculannya sampailah ke hari ni. Betul
tak? Rekaan instant shawl yang trendy dan mudah dipakai sekarang ni makin
tinggi permintaannya.
No wonder lah kalau semakin ramai peniaga di luar sana berlumba-lumba untuk
keluarkan koleksi instant
shawl ke dalam pasaran. Hari ni, kita dapat lihat
fenomena instant shawl yang cukup luar biasa dalam aneka pilihan yang cukup
menarik seperti contoh di bawah ini :
Trend Instant
Shawl Popular

Ini antara Instant shawl yang
trendy dan paling popular. Ia direka dengan potongan inner pada bahagian dalam
berserta tambahan perincian pada bahagian hujung shawl.
Memang ramai beli instant
shawl jenis macam ni sebab mudah dan cepat siap, kan? Tak perlu nak
beli-belit banyak kali dah sampai 1 jam. Hehehe

Okey, kalau jenis yang macam ini pula, sesuai bagi mereka yang lebih selesa
dengan gaya yang ringkas. Koleksi
instant shawl cotton tanpa inner dan perincian macam ini adalah
rekaan yang paling ramai suka! Lebih-lebih lagi bagi remaja dan student di luar sana :D

Untuk yang ketiga ni pula, potongan inner pada bahagian dalam instant
shawl. Tapi rekaan ini diperbuat daripada fabrik
lycra yang lebih mudah
dibentuk pada muka dan tidak
panas dipakai. Saya ada satu macam ni kat rumah. Memang best! ;)

Cantik betul tudung yang Nora
Danish pakai ni, kan? Ini adalah koleksi instant shawl daripada fabrik lycra dan crepe yang anda boleh
jumpa dalam rekaan tanpa inner seperti dalam gambar. Apa yang menarik mengenai fabrik
ini adalah ia tidak mudah
renyuk atau berkedut taw :D

Dan trend instant shawl yang terakhir
tentu sekali ia diperbuat daripada fabrik
satin yang lembut dan mewah. Satin sememangnya
mempunyai penggemar yang tersendiri! Kain yang sangat plain dan cantik. Siapa penggemar
Satin di sini? Angkat tangan! Hihihi
Seronok
betul kalau cerita bab tudung ni. Sekarang ni memang semua ‘gila shawl’
termasuklah saya. Hehehe. Rasa macam nak penuhkan je satu almari dengan semua
jenis shawl, kan? Apa-apa pun, semoga entry ini bermanfaat untuk anda semua dan
mendapat ilmu baru dalam mengenal jenis-jenis shawl dan kainnya yang trendy
sekarang ni ;)
Terima kasih
kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. Jangan lupa tinggalkan komen anda di
bawah. Kita sembang-sembang okey :D Jumpa lagi!
instant shawl ni nk pakai sng..sarung jer tu yg jd pilihan ramai terutamanya saya..hehe
ReplyDeleteBetul tu. Hehehe instant shawl ni selesa kan. Saya pun salah sorang daripadanya yang pakai ni. Hehehe
Delete