

9 / 2 / 2016 | Hari Pertama

Lighting terlebih ni lah jadinya. Padahal baru pukul 8.30am masa ni.
Okey, sebenarnya saya sorang je yang menyibuk ikut family pakcik saya short vacation ni. Lagi pun, memang anak dia yang ajak. Buat teman katanya. Maklum lah, dia anak sulung. Dia sorang pulak tu perempuan. Haaa so takde geng la kan :D
Kami sebenarnya ada 3 sepupu perempuan yang sebaya termasuk saya. Cuma ada lagi sorang tak ikut. Sorry geng, semua ni tak rancang. Next time kita vacation bertiga sama-sama okay? ;)

Sebelum mulakan perjalanan, izinkan kami selfie dulu lah ye? Hehehe :P Kelasss u alls siap pakai spek mata besar. Tak padan dengan muka kecik. Kikiki
Bismillahirrahmanirrahim. Jom mulakan perjalanan ke Chalet Mesra Pengkalan Balak, Melaka! Hai orang Melaka, kami orang Selangor nak datang :D
Mari lah kita cuci-cuci mata dulu tengok pantai dekat Pengkalan Balak, Melaka ni. Memang cantik!
Here we go . . . . .
intai siapa tu kak? intai awak la. Opss! hehehe

Lelaki tu adik dia, Hafey. Adik dia lagi sorang, Haikal.
Mana entah dia, tengah sibuk selfie kot. Huhu

Haaa ini lah pakcik dan makcik saya. Segak bergaya semua! Hihi :D

Ni lah chalet kami. Bentuk macam rumah, tapi masuk-masuk terus katil. Hehehe boleh tahan laaa. Sebab . . . . .

Sebabnya chalet ni betul-betul depan pantai!
Keluar pintu je dah boleh terus lari terjun pantai. Hahaha

Ini pulak pondok kami. Terpulang nak buat apa.
Nak bbq ke, nak makan ke apa semua boleh. Tepi pantai je!
Syokkkk dengan angin pantai ^_^

Gambar ni diambil dari pintu masuk. So, okey lah kan? Sewa 1 bilik je.
Ada katil, kipas, aircond, meja, 2 buah kerusi, peti ais kecil, 1 bilik air

Ni dari arah dalam. Belah kanan tu pintu masuk.
Sorry lah bersepah sikit. Hihihi
Haaa, lupa nak cakap. Ada tv jugak!
* tapi siaran pandai-pandai la adjust sendiri ye :P

Ni pulak dari arah bilik belakang nak ke bilik air.
Ada sejadah dan peti ais kecik tu. Hehee comel jee
* sorry la awak, tersnap pic awak sekali. Hihi

Tada! Ni lah bilik air yang dimaksudkan tadi. Not bad laa.
Singki kat dalam ada, kat luar pun ada sebelum masuk toilet.

Haa dah petang-petang sikit, apa lagi? berBBQ lah kita!
Sekarang, misi menghidupkan bara.
Saya cuba kipas kuat-kuat, sekali keluar api. Wow!
First time hidupkan bara jadi api. Excited sangat! Hahaha

Yummy!!! Rasa lapar tak tengok ni? Emm
Sebenarnya saya yang rasa lapar masa update ni. Huhuhu >,<
Dah kenyang, kita rehat-rehat dulu menunggu petang nak mandi pantai!
Tak sanggup nak mandi tengah panas terik tu. Sunburn nanti. Huhuhu

Tunggu apa lagi? Dah petang, mari la kita tanam-menanam orang :D

Yang best nya siap boleh duduk ramai-ramai atas dia. Hahaha

Tak nampak muka pun takpe lah.
Janji nampak pantai. HAHAHA
Dah kenyang, dah mandi, dah penat, semua dah lah.
Sekarang, tiba masanya nak tengok matahari terbenam pulak :)

Ini je yang sempat snap. Indah sungguh ciptaan Allah!
Tenang je rasa bila tengok matahari terbenam tepi pantai.
Tamatlah sudah aktiviti untuk hari ini. Esok? Tengok bawah ni :D
10 / 2 / 2016 | Hari Kedua
Celik je mata terus ingat pantai. Hehehe. Hai, nak cerita untuk hari kedua kami di Pantai Pengkalan Balak, Melaka ni. Pantai nya memang cantik sangat. Tempatnya pun tenang. Sesuai untuk orang yang suka vacation santai-santai :)

Untuk hari ni, saya tak mandi. Cuma selfie-selfie tepi pantai je. Disebabkan semalam tengah lepak sorang-sorang tepi pantai tu, saya nampak ada belangkas!
eeeee! Tak dapat bayangkan kalau semalam tengah mandi, tiba-tiba ada belangkas lah ikan lah. Ishh! Tak sangka ada benda-benda tu kat sini :(
Patut lah keluar-keluar je, tengok ada orang tengah memancing. Emmm
Memang lah tak gigit. Tapi, cuba bayangkan kalau tengah mandi. Then, dia 'hai' kat sebelah kita camne? Hahahaha xD

Dengan itu, pakcik saya pun ikut memancing macam orang lain. Huhuhu

Dan . . . . .

Selfie lah! Dengan muka tak mandi xD
Tapi, still cantik kan? Ehhh! Hahahah

Ok, dah dah. Cukup. Banyak lagi sebenarnya.
Tak mampu nak upload semua, buat kenangan je lah. Hehehe

Sebelum balik, wajib lah bergambar dulu for the last picture! ;)
Kami tak balik terus. Tapi, singgah bermalam dekat rumah makcik yang duduk dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Alang-alang dah lalu kan. Singgah lah. Hehehe
Anyway, thanks for reading! Kepada yang dah plan nak pergi Chalet Mesra Pengkalan Balak, Melaka ni. Silalah sediakan semuanya seperti seterika, jag pemanas air, toto (jika perlu) sebab semua tu tak disediakan. Kalau nak, kena sewa macam kat bawah ni.

Okey lah. Terima kasih juga kepada pakcik dan makcik saya sebab sudi bawak saya sekali ke short vacation ni :) Nah, saya belanja video sikit :D
Semoga terhibur & jumpa lagi!
Wahhh bestnyaa
ReplyDeleteBest sangat! Hehehe
Deletewah~ main kat pengkalan balak. dkat dah dgn asrama kita. hoho
ReplyDeleteOh yeke. Untung laa asrama dekat dengan pantai. Huhuhu
Deletebestnya...
ReplyDeletepstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.
blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html
pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html
Best best.
DeleteOkey sama-sama. Terima kasih juga ye sebab saya tercalon dalam senarai ^^
Pergh.. Best betull.. Baru je td pas makan satay tepi pantai nyaman je rasa.. :D
ReplyDeleteHehehe. Terima kasih :D
DeleteSedap tu satay. Lama tak makan >,<
xpanas eh kat sana?
ReplyDeleteMasa tengah hari tu panas jugak lah. Tapi sebab tepi pantai kan, berangin laa. Dapat angin pantai walaupun panas. Hehehe :)
Deleteada plan nak ke sini,tq sharing
ReplyDeleteOh yeke. Hehehe okey. Most welcome :) Have fun! ;)
DeleteSalam..sorry nak tanya
ReplyDeleteada x contact no. untuk chalet ni? plan nk g tok raya ni..
Waalaikumsalam. Ada saya share kat dalam entry ni.
DeleteNi number nya :
06-3847763 / 012-6985582