click banner to join! Hai semua. Bagus jugak saya join segmen ni kan. Dalam masa yang sama, dapatlah readers mengetahui asal-usul blog ni. Memandangkan memang hobi saya menaip, memang elok sangat dengan syarat yang dikenakan owner segmen ni. Owner nak tahu sejarah blog ni melebihi 300 patah perkataan. Tunggu apa lagi? Jom baca! ;) SEJARAH BLOG IMA HAMDAN Blog Ima Hamdan ni memang sangat bersejarah. Blog ini telah ditubuhkan sejak tahun 2012 selepas wujudnya Ruang Miss Blog pada hujung tahun 2011. Bermakna blog Ima Hamdan ini sudah berusia 4 tahun sehingga hari ini. Mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa mesti buat 2 buah blog? Pada asalnya, blog ini ditubuhkan khas untuk menyertai segala peraduan yang diadakan oleh blogger-blogger Malaysia seperti contest, giveaway dan segmen. Ketika itu, blog ini telah dinamakan 'Super Contest Blog' dan semua entry berkenaan contest. Saya bina satu blog khas sebab kononnya tak nak mencampur-adukkan artike...
Personal Story | Entertainment | Entrepreneur