




Tengok haaa. Meow pun suka dengan tudung ni. Buat macam milik dia pulak. Kalau pakaikan ni mesti comel. Hahahaha :D Her name is Asyuk a.k.a Maimun. Maimun tu embah yang bagi nama. Aduhaii, maimun pun maimun lah ye asyuk >,<
Lagi satu, saya jatuh cinta sangat-sangat dengan Packaging Moon Scarves ni! Cantik betul plastiknya dengan design yang very simple but sangat menarik perhatian. Cantik punya pasal, sampai plastik tu pun memang saya simpan. Sayang pulak nak buang. Hahahah
Okey, mesti ada yang nak tengok macam mana saya gayakan tudung Moon Scarves ni kan? Jom cuci mata jap kat bawah ni. Nak buat tutorial video segan pulak. Tengok gambar je lah ye. Hehehe

Tadaaa! Ini lah hasil Tudung Moon Scarves berwarna Peach Pink yang saya berjaya gayakan. Kain yang nipis dan sesuai dipakai untuk kita yang tinggal di Malaysia yang sedang dilanda musim panas ni. Huhuhu
Tudung yang saya gayakan ini adalah versi selendang dan contoh gambar kat atas tadi adalah versi tudung bawal. Kenapa saya memilih untuk buat versi selendang? Sebab muka saya tak sesuai kalau pakai versi tudung bawal. Nanti muka jadi bulat dan terasa macam muka makin comel. EH? Kikikiki jangan marah >_<

Gaya mestilah kena acah-acah model sikit. Sebab keinginan nak jadi model tu ada la jugak. Cuma tak tahu nak buat gaya macam mana. Maka, terhasillah gaya yang kekok ni. Hahaha

Betul tak macam apa yang saya kata kat atas tadi? Pakai tudung Moon Scarves ni tiba-tiba rasa macam makin cantik. Hahaha #jangankecam :P
By the way, post ini saya buat dengan hati yang ikhlas sebagai penghargaan kepada sponsor kerana sudi bagi saya peluang untuk memiliki tudung Moon Scarves yang terbaru ni! Tiada paksaan, tiada arahan, tiada suruhan. Thank you very much.
Lastly, thanks to you all for reading my article today. InshaAllah saya akan usahakan untuk selalu update perkembangan terbaru semuanya di sini. Semoga bermanfaat :)
Tudung Sponsor by Moon Scarves
~ Blog ~
~ Website ~
~ Facebook ~
~ Instagram ~
p/s : Sebenarnya, bukan tudung saja barang sponsor. Tapi, jubah yang saya pakai tu pun orang sponsor. Next article saya akan cerita pasal jubah pulak. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang sudi sponsor semua ni. Terharu sangat. Semoga semakin murah rezeki untuk mereka semua. Aminnn :')
Comments
Post a Comment
Your comment are welcome ;)