Skip to main content

Segmen irrayyan | Sejarah Blog Ima Hamdan




click banner to join!
Hai semua. Bagus jugak saya join segmen ni kan. Dalam masa yang sama, dapatlah readers mengetahui asal-usul blog ni. Memandangkan memang hobi saya menaip, memang elok sangat dengan syarat yang dikenakan owner segmen ni. Owner nak tahu sejarah blog ni melebihi 300 patah perkataan. Tunggu apa lagi? Jom baca! ;)

SEJARAH BLOG IMA HAMDAN

Blog Ima Hamdan ni memang sangat bersejarah. Blog ini telah ditubuhkan sejak tahun 2012 selepas wujudnya Ruang Miss Blog pada hujung tahun 2011. Bermakna blog Ima Hamdan ini sudah berusia 4 tahun sehingga hari ini.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa mesti buat 2 buah blog? Pada asalnya, blog ini ditubuhkan khas untuk menyertai segala peraduan yang diadakan oleh blogger-blogger Malaysia seperti contest, giveaway dan segmen. Ketika itu, blog ini telah dinamakan 'Super Contest Blog' dan semua entry berkenaan contest.

Saya bina satu blog khas sebab kononnya tak nak mencampur-adukkan artikel yang ada di dalam blog pertama saya, Ruang Miss Blog. Sebabnya lagi, artikel dalam blog pertama saya agak formal dan bertujuan untuk memberi informasi dan berita-berita terkini kepada pembaca.

Jadi, saya rasa agak mengganggu pembaca jika ternampak posting saya berkenaan peraduan blogger kerana mereka pastinya ingin mengetahui info terkini dan bukannya peraduan yang kita join.

Setelah beberapa bulan, blog ini ditukar lagi namanya daripada 'Super Contest Blog' kepada 'Cik Bungas' sebab saya telah mendapat idea untuk mewujudkan personal blog yang boleh menceritakan apa saja tentang kehidupan saya. Untuk artikel formal, saya tetapkan di dalam Ruang Miss Blog.

Disebabkan saya berketurunan Jawa dan Banjar, nama 'Cik Bungas' dipilih khas untuk menandakan bahawa saya dari keturunan itu. 'Cik' itu dalam Bahasa Melayu membawa maksud seseorang itu belum berkahwin. 'Bungas' itu pula berasal daripada Bahasa Banjar yang membawa maksud cantik.

Kenapa saya tak campurkan nama blog ini daripada Bahasa Jawa dan Bahasa Banjar sebab saya langsung tak tahu berbahasa Jawa. Dari kecil, sudah dibiasakan dengan Bahasa Banjar. Tapi selepas saya menetapkan nama itu, ramai yang menganggap dan memanggil saya 'Cik Bunga'.

Jadi, oleh sebab saya tak berminat dengan anggapan orang memanggil saya 'Cik Bunga', pilihan terakhir saya memilih nama blog ini adalah 'Ima Hamdan'. Pilihan yang saya buat bertujuan untuk menaikkan nama saya sendiri dan menjadikannya terkenal bukan sahaja di dunia blogger, malah di setiap sudut laman sosial.

Segala artikel di dalam blog ini juga bertujuan untuk berkongsi ilmu, pengalaman, dan sebagainya termasuklah tentang diri saya sendiri.

Kemungkinan, blog Ima Hamdan ini akan dijadikan sebagai blog utama untuk segala maklumat dan Ruang Miss Blog menjadi blog sampingan untuk jangka masa panjang. Saya rasa, nama itu adalah nama yang paling terbaik dan blog ini sesuai untuk menjadi rumah saya di alam maya. Sekian, terima kasih.

Comments

  1. hai...sy membalas singgah dr segmen yg sama...tq tau sbb sudi singgah dkt blog sy...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, terima kasih jugak sebab sudi singgah sini ye ;)

      Delete
  2. Semua yg join segmen senior-senior mommy dalam dunia blog. Tahniah dah 4 tahun. Semoga maju jaya! Terima kasih ya join segmen mommy :*

    ReplyDelete
  3. Segmen yang sama kita join

    http://www.azlindaalin.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog.html

    ReplyDelete
  4. hehehehee.. saya pun ingat Cik Bungas tu Cik Bunga Yang Banyak sebab ada "s" kat belakang tu.. :p Apapun nama Ima Hamdan tu dah nice dah kan.. :)

    Salam perkenalan, saya join segmen sama..
    http://www.dramaticuniq.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-dramatic-uniq.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu lah. Ramai yang ingat macam tu. Apa-apa pun terima kasih ye ^^

      Delete

Post a Comment

Your comment are welcome ;)

Popular posts from this blog

Chalet Mesra Pengkalan Balak, Melaka

9 / 2 / 2016 | Hari Pertama 9 Februari 2016, hari selasa yang merupakan hari kedua untuk Chinese New Year. Pagi itu juga kami ke Pengkalan Balak, Melaka selama 2 hari 1 malam je. Short vacation saja santai-santai buat BBQ tepi pantai. Sebelum pergi, macam biasa lah. Dah lawa-lawa, kita selfie dulu. Buat kenangan, kan. Lepas tu pulak, ada geng. Memang jadi photogragpher la masing-masing. Hehe Lighting terlebih ni lah jadinya. Padahal baru pukul 8.30am masa ni. Okey, sebenarnya saya sorang je yang menyibuk ikut family pakcik saya short vacation ni. Lagi pun, memang anak dia yang ajak. Buat teman katanya. Maklum lah, dia anak sulung. Dia sorang pulak tu perempuan. Haaa so takde geng la kan :D Kami sebenarnya ada 3 sepupu perempuan yang sebaya termasuk saya. Cuma ada lagi sorang tak ikut. Sorry geng, semua ni tak rancang. Next time kita vacation bertiga sama-sama okay? ;) Sebelum mulakan perjalanan, izinkan kami selfie dulu lah ye? Hehehe :P Kelas

Jalan Jalan Cari SHELL OUT

Ok! Hari ni saya nak bawak readers jalan-jalan cari Shell Out! Jom ikut misi saya iaitu Misi Mencari Berat Badan #MissionTwo :D #MissionOne Ada Di Sini Apa itu Shell Out ? Kalau nak tahu, Shell Out ni makanan yang tengah trend sekarang! Makan makanan laut ramai-ramai atas satu meja. Alaaa lebih kurang macam makan Nasi Ambang . Kalau orang jawa , tau laa macam mana makan Nasi Ambang tu. Hehehe Comel tak kami? :P Hahaha siap pakai apron lagi macam baby. Hihihi >,< Nak makan Shell Out ni memang kena pakai apron. Maklum laa nanti nak main ketuk-ketuk kaki Crab yang besar gedabak tu pakai tukul! :D  Ada disediakan tukul dan kepit khas untuk ketuk kaki ketam ;) Memang syok laa Setiap jenis makanan laut, ada sambal dan kuah yang tersendiri. Means, nak masak sambal ke, kari ke, butter garlic ke macam-macam lah. Boleh pilih! Dan nak pedas ke tak ke semua boleh pilih. Nanti chef yang masakkan, kita tinggal makan je :D Haaa! Kalau perut dah l

FESYEN BLOUSE MUSLIMAH TERKINI

Hai readers setia saya! Hari ni mood happy, so saya nak kongsi beberapa Fesyen Blouse Muslimah Terkini dengan anda semua. Maklum lah, zaman sekarang kan fesyen itu penting! :D Fesyen Muslimah sekarang ni memang tengah dapat sambutan yang hangat dan semakin mendapat permintaan yang tinggi! Sejak 2-3 tahun yang lepas, penggemar fesyen ni dijamu dengan bermacam-macam pilihan pakaian Muslimah yang modern and trendy . Sama jugak dengan kemunculan jenama-jenama pakaian Muslimah yang makin banyak kita boleh jumpa dekat media-media sosial online, tak pun dekat shopping mall. Ada yang minat dengan design hijab zaman sekarang, style jubah yang cantik-cantik and ada juga yang obses dengan fesyen Blouse Muslimah Terkini  macam saya. Hehehe. Semua blouse Muslimah  kat bawah ni sesuai dipakai untuk ke pejabat. Boleh juga dibuat sebagai pakaian kasual untuk berhujung minggu dengan kawan-kawan ataupun family. Jom tengok! This one adalah koleksi blouse M