15 BUKU ONLINE PALING LARIS




Saya yakin ramai yang suka beli buku online, kan? Ada juga yang suka baca buku online. Sesetengah orang lagi, suka kumpul buku buat koleksi. Macam-macam ragam manusia yang kita jumpa ;)

Paling tak boleh dibuat contoh adalah orang yang tak suka baca buku macam saya. Hehehe :P Asal baca buku je, mengantuk. Untung orang yang asal mengantuk je, baca buku. Hahaha :D

Dah sedia nak tau 15 buku yang dijual online paling laris setakat ini? Kalau dah sedia, jom saya tunjukkan dekat bawah ni.

15 BUKU ONLINE PALING LARIS


1) RIYADUS SOLIHIN

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak.

Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting. Keistimewaan kitab ini :



2) CATATAN MATLUTHFI

Siapa Matluthfi?

Matluthfi berasal dari Utara. Matluthfi mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram.

Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day."

Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Matluthfi telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award, Digi WOW Award, dan Vlogger Terbaik daripada suami Alumni.

Tetapi, anugerah yang paling dihargai oleh beliau adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.

Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca dan harapnya berfikir. Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)


3) LUQMANUL HAKIM ADALAH SOCRATES BERKULIT HITAM

Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).

Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan :



4) FAHAMI BACAAN DALAM SOLATMU

"Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mukminun: ayat 1-2)

Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan.

Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.

Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat.

Boleh digunakan sama ada untuk bacaan peribadi atau pun sebagai panduan dalam kelas pengajian untuk orang ramai.


5) RUNNING MAN (Don't Walk But Run) EDISI BAHASA MELAYU

Rancangan yang ditonton oleh jutaan peminat seluruh Asia ini bukan sahaja menunjukkan aksi tangkas pesertanya, malah turut memaparkan informasi dan lokasi menarik di Korea seperti perkampungan budaya, tempat pengambaran, tempat peranginan dan lain-lain.

Tambah menggembirakan para peminatnya, komik asal Running Man dalam bahasa Korea, kini sudah diterbitkan di Malaysia dalam bahasa Melayu. PTS Pop Sdn. Bhd. diberi lesen dan hak penerbitan secara eksklusif bagi komik popular ini.

Telatah ahli Running Man pasti mengundang tawa yang berpanjangan, mendebarkan, dan kadang-kadang mampu mencuit emosi hingga mengalirkan air mata para penonton.


6) TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK ( HAMKA )

Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar. Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang.

Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima. Itu membuat dia dipencilkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati.

Gadis yang digelar bunga Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta.

Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilandai badai. Ranah minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati.

Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.


7) FIQH KEWANGAN ISLAM : HALAL DAN HARAM DALAM SISTEM JUAL BELI ISLAM

Buku Fiqh Kewangan Islam terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu :

Pada bahagian ini, penulis memberikan penerangan ringkas tentang pengertian maqasid menurut bahasa dan istilah. Kemudian, beliau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara istilah maqasid dan istilah-istilah lain yang hampir sama maksudnya.

Bab ini juga membahaskan secara ringkas pengertian jual beli, pembahagiannya, dan maqasid syariah di sebalik pensyariatannya. Ia adalah sebagai gambaran awal kepada isu-isu yang akan dibincangkan dalam bab-bab seterusnya.

Ia mengupas isu-isu yang berkaitan penetapan maqasid syariah dan dibahagikan kepada tiga fasal, iaitu tujuan syariat diturunkan, asal kepada kaedah asas urus niaga adalah melihat kepada makna serta cara-cara penetapan maqasid syariah.

Fokus utama bab ini adalah bagi membincangkan hikmah dan objektif pensyariatan hukum-hukum jual beli semasa.

Pembaca akan dapat mengenal pasti beberapa permasalahan dalam jual beli seperti hukum dalam urusan hak cipta, serta menghapuskan kekeliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya.



8) ATLAS RASULULLAH S.A.W. - HARD COVER (100% BERWARNA)

Nabi Muhammad S.A.W. adalah Nabi terakhir diutus oleh Allah S.W.T. bagi menyampaikan seruan dakwah kepada umat manusia. Ketika membawa panji kebenaran, pelbagai dugaan dan pancaroba dihadapi Baginda Nabi dan para sahabat.

Sirah perjalanan agung Rasulullah S.A.W. dicatatkan secara terperinci dalam buku Atlas Rasulullah S.A.W. ini bagi memberi pengajaran dan pedoman kepada para pembaca.


9) IMAM SYAFIE : PEJUANG KEBENARAN

Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari bani Mutalib. Ayahnya telah meninggal dunia ketika imam Syafie masih kanak-kanak.

Beliau dilahirkan di kota Gaza, Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaabar Al Mansur dari bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9 tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis Imam Malek.

Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat.

Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan kisah hidup Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan dalam menegakkan kebenaran.


10) ART OF DECEPTION

Perbahasan mengenai apakah agenda Amerika dan Zionis mewujudkan satu kuasa pemerintahan dunia atau dikenali sebagai New World Order. Membongkar misteri yang menyeliputi peristiwa 9 September dan kenapa ia berlaku.

Juga bagaimana menangkis fahaman Islamphobia yang menyatakan Islam adalah agama pengganas dan memberi jawapan kepada dunia yang termakan hujah-hujah yang tidak berasas.

Bagaimana al-Quran memberikan jawapan dan paparan sebenar oleh Jerry D. Gray, mualaf yang berhijrah selepas melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin negaranya sendiri, Amerika Syarikat.


11) RAHSIA JUTAWAN ISLAM : ABDUL RAHMAN BIN AUF

"Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak."

Abdul Rahman Bin Auf adalah ikon usahawan dan tokoh jutawan Islam. Apakah model bisnes dan rahsia kejayaan beliau? Buku ini akan mengupas rahsia bisnes Abdul Rahman Bin Auf bagi tatapan kita, usahawan moden dan umat akhir zaman.

~ Jutawan Terkaya Pada Zaman Nabi

Abdul Rahman ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri, tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta.

~ Erti Hidup Pada Memberi

Untuk Perang Tabuk, Abdul Rahman menderma lebih daripada RM25 juta (200 dinar, 500 ekor kuda, dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya.

~ Jual Pada Harga Modal Dan Tetap Untung

Abdul Rahman menjual 1000 ekor unta pada harga modal tanpa margin keuntungan. Keuntungan beliau ialah pada tali pengikat unta yang dijual sekali dengan unta sebagai nilai tambah. Beliau menjual tali itu dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari beliau menjana keuntungan 100 dirham.

~ Bisnes Diberkati Allah

Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman Bin Auf menjawab,

"Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah."


12) ENSIKLOPEDIA SEJARAH MUHAMMAD (3 JILID)

Seluruh aspek kehidupan Nabi Muhammad, baik dalam ibadat, dakwah, akhlak, muamalat, qidayah (kepimpinan) mahu pun yang berkaitan dengan pembinaan umat perlu dicontohi, diikuti dan ditaati sebagai bukti iman atas kerasulan beliau.

Jadi, bagi memenuhi impian ini, pencinta Muhammad bin Abdullah memerlukan rujukan yang lengkap meliputi kehidupan Nabi Muhammad sehingga susuk tubuh beliau diikuti secara menyeluruh.

Banyak buku sejarah Nabi Muhammad yang beredar di tengah masyarakat yang hanya memuatkan peristiwa-peristiwa yang dianggap penting, tanpa menghuraikan lebih terperinci peristiwa itu sehingga pembaca sukar memahami kaitan antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain.

Dalam buku ini, semua perincian dan ketelitian kehidupan Nabi Muhammad termuat sehingga menjadikan kehadirannya cukup memberikan kesan di hati pembaca.

Penulis buku ini, Moenawar Chalil menghasilkan karya bermutu dan menjadi rujukan penting untuk mereka yang ingin mengenali lebih lanjut tentang Nabi Muhammad.


13) DATO' DR. HARUN DIN MENJAWAB PERSOALAN FIKAH HARIAN

Buku ini menjelaskan persoalan fikah dalam kehidupan seharian secara praktikal. Pendekatan ataupun (penulisan dalam bentuk) soal jawab memudahkan pembaca memahami setiap aspek fikah dalam kehidupan seharian. Hasil tangan tiga tokoh ulama terkenal ini pasti tidak akan menghampakan.

Hari ini, umat Islam Malaysia diasak dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk pemikiran, gagasan dan cara fikiran moden yang mencabar kehormatan dan kemurnian akidah Islam.

Islam liberal dari Indonesia, fahaman 'wahhabi' dari Thailand, cara fikir Syiah dari Iran dan ombak feminisme-pluralisme agama dari Malaysia sendiri adalah realiti pahit yang terpaksa ditelan jua.

Semuanya secara tidak langsung menggugat akidah umat Islam. Kesannya, wujud pelbagai versi praktis Islam di Malaysia. Mangsa utama yang paling awal terkena bahang ini adalah generasi muda yang dangkal ilmu agama.

Ramai orang selalu keliru berkenaan hukum hakam Islam terutamanya dalam persoalan harian meliputi solat, zakat, puasa, haji dan pergaulan. Justeru, kemunculan buku Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian ini adalah bagi menjernihkan segala kekeliruan umat Islam terutamanya semasa mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian.


14) 31 KISAH : 10 SAHABAT YANG DIJANJIKAN SYURGA

"Nabi Muhammad, Abu Bakar dan bapamu sendiri ibarat tiga musafir yang menggunakan jalan yang sama. Yang pertama, sudah sampai ke tempat yang dituju. Musafir kedua juga sama. Musafir ketiga masih dalam perjalanan. Apabila saya tidak menempuhi laluan yang sama seperti mereka yang terdahulu, sudah tentu saya tidak sampai ke tempat mereka." (Umar bin Khattab)

Mereka dijanjikan syurga. Janji yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, terlintas dalam hati. Lebih berharga daripada segunung emas di dunia.

Mereka tidak mungkin menukar ganti walau nyawa melayang pergi. Kini, mereka menuju ke sana dengan amalan yang dijanjikan. Bagaimana pula dengan kita?

Buku ini menghimpunkan 31 kisah benar daripada al-Quran dan hadis. Ia bertemakan kisah 10 sahabat Nabi Muhammad yang dijanjikan syurga oleh Allah.


15) TRAVELOG HAJI MENGUSIK HATI

Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (TDMHE) adalah catatan pasca haji. Ia ditulis ketika hati masih terawang-awang dengan keinginan mahu menjadi manusia terbaik di sisi-Nya. Ia ditulis sejurus pulang dari Makkah dan Madinah.

Saya mempunyai keinginan yang jelas, seperti mahu membersihkan hati. Ia permintaan dan permohonan kepada-Nya terlangsung bermula ketika hari resah gelisah mengenai kisah-kisah lampau. Ini sebagaimana catatan dalam Travelog Haji Mengusik Hati.

Rasa ini yang melahirkan 50 Tip Motivasi Haji (50TMH). Ia adalah THMSI yang dipermudahkan. Khalayak pembaca mungkin bersama-sama merasai travelog haji dengan melihat bagaimana seorang profesor yang tidak pandai membaca Al-Quran mengenal huruf dan menamatkan bacaan selepas sebulan lebih berada di Makkah.

Malah, ramai yang teruja membaca bagaimana saya menghabiskan bacaan terjemahan Al-Quran dalam tempoh enam hari semasa berada di Madinah. Namun, catatan yang dipersembahkan kepada khalayak bukan soal emosi semata-mata. Ia mengandungi pelbagai falsafah yang mampu dipertimbangkan oleh bakal jemaah haji.



Note : Tahniah kerana baca sehingga habis. Anda memang seorang ulat buku! ;) Ini hanyalah sebahagian daripada sinopsis buku. Kepada yang ingin mendapatkan buku-buku ini, boleh beli secara online di bawah ini. Terima kasih :)

Facebook : MindaCerdik
Instagram : MindaCerdik

Labels: , , , , , , , , , ,