Hello December!


Selamat datang bulan disember :) I'm happy for this month.

Bulan yang penuh dengan makna dan padat dengan bermacam-macam aktiviti. Happy Holiday all ! Ke mana plan cuti sekolah bulan 12 ni? Kalau masih belum ada tempat nak holiday, saya suggest beberapa tempat percutian yang menarik dekat Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor! :)


Sebenarnya, takde motif pun update entry ni. Saja nak menyambut kedatangan bulan disember dan cerita beberapa aktiviti untuk bulan disember ni. Mood sekarang ni tiba-tiba rasa sayu je sama dengan cuaca kat luar yang mendung semacam. Tak tahu lah kenapa. Never mind.

Takde lah aktiviti apa sangat pun. Cuma saje nak bagitahu 11 Disember ni birthday saya yang ke-19. Bangga dengan birthday sendiri sebab sama tarikh dengan Hari Keputeraan Sultan Selangor. Terasa anak Jati Selangor tu. Hehehe

Pelancaran Jubli Emas

12 & 13 Disember pulak ada Karnival Jubli Emas dekat sekolah lama saya SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya. Macam-macam aktiviti ada nanti, excited nak join kompang berirama. Macam best je. Memang excited nak join semua aktiviti yang ada.

Tapi, tu lah. Masih tak confirm lagi dapat pergi ke tak. Ajak abah, abah tak bagi jawapan pergi ke tak. Ajak kawan sekolah pun, macam teragak-agak dia pergi ke tak. Ajak kawan-kawan luar pun sama je. Hmm down sikit semangat nak pergi tu. Entah lah, tengok lah macam mana nanti.

Tu cerita awal bulan. Hujung bulan nanti pun masih pening lagi memikirkan nak bercuti kat mana. Punca tak tau nak bercuti kat mana tu sebab semua tak confirm lagi dapat cuti ke tak. Bila semua dah bekerja memang susah nak dapat cuti yang sama. Hmmmmm

Abam Navy

Semua kena ikut cuti abam navy kita yang atas ni. Hmm, biasa la tu. Dah jadi navy, kawalan agak ketat. Cuti pun dah ditetapkan, tak boleh main suka hati nak cuti. Tengok lah macam mana nanti jadinya. Kalau tak, tengok laut je la dekat pangkalan tu. Huhuhu *sedih*

Okey lah, tu je kot cerita untuk bulan 12. Rasanya takde yang gempak pun, memeningkan lagi ada lah. Apa-apa pun, selamat bercuti kepada semua! Kita sedih sebab tahun depan dah masuk angka 20 kot. Huhu. Hmm kbai :(

Labels: , , , , , , , ,