FESYEN BLOUSE MUSLIMAH TERKINI


Hai readers setia saya! Hari ni mood happy, so saya nak kongsi beberapa Fesyen Blouse Muslimah Terkini dengan anda semua. Maklum lah, zaman sekarang kan fesyen itu penting! :D

Fesyen Muslimah sekarang ni memang tengah dapat sambutan yang hangat dan semakin mendapat permintaan yang tinggi! Sejak 2-3 tahun yang lepas, penggemar fesyen ni dijamu dengan bermacam-macam pilihan pakaian Muslimah yang modern and trendy.

Sama jugak dengan kemunculan jenama-jenama pakaian Muslimah yang makin banyak kita boleh jumpa dekat media-media sosial online, tak pun dekat shopping mall.

Ada yang minat dengan design hijab zaman sekarang, style jubah yang cantik-cantik and ada juga yang obses dengan fesyen Blouse Muslimah Terkini macam saya. Hehehe.

Semua blouse Muslimah kat bawah ni sesuai dipakai untuk ke pejabat. Boleh juga dibuat sebagai pakaian kasual untuk berhujung minggu dengan kawan-kawan ataupun family. Jom tengok!


This one adalah koleksi blouse Muslimah yang diinspirasikan daripada rekaan peplum tops yang digabungkan dengan rekaan wrap blouse.

Blouse ni sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang langsing.


Rekaan blouse ini pula merupakan koleksi flared blouse yang loose. Ia perlu dipadankan dengan pemakaian maxi skirts atau pallazo pants bercorak supaya ia nampak lebih sesuai dan selesa untuk si pemakai.


Fesyen yang ketiga dinamakan Low High Tunic. Ia boleh digayakan bersama seluar jeans kegemaran anda! Gaya yang menampakkan anda lebih santai dan tenang.

Recommend it untuk dipakai pada hujung minggu kerana ia tidak terlalu over and it's very simple but nice! ;)


Blouse yang seterusnya adalah Side Slit Tunic. Style ala-ala baju kurung tetapi ia perlu dipadankan dengan seluar yang longgar supaya anda tampak lebih sopan dan feminine. Nice one!




Okey, maybe anda semua dah faham dengan fesyen-fesyen blouse Muslimah yang terkini sekarang kan? More to simple design but it's awesome. Haaa, ada macam gaya-gaya pakar fesyen tak saya? Opss! Hihihi, oraite. Itu saja cerita hari ini. Terima kasih dan jumpa lagi! ;D

Labels: , , , , , , , ,