

Hai semua, saje nak cerita. Baru-baru ni hari Khamis tadi 24/11/2015 saya pergi jalan-jalan cari makan di kedai Nora Danish iaitu Kopi XOXO !
Sebenarnya kebetulan pergi Bangsar sebab abang saya Amim Najmie ada urusan sikit dengan surat khabar Harian Metro. Retisss la kata kannn. HAHA!

Haa kalau dah kaki selfie tu memang setiap detik nak snap gambar. Kenangan kata nya. Hihihi. So, memandangkan kedainya kena naik tangga, kita selfie kat tangga dulu. Excited kan! :P

Bila dah sampai, laaa kecik je kedainya. Nampak dalam gambar macam satu kafe yang besar. Huhuhu.
Sebenarnya, teringin nak pergi sini sebab hari ahad tadi kakak saya pergi post gambar Pisang Cheese dalam group family. Cis! Tergoda taw. Hahaha! tu yang gigih nak pergi sini jugak.
So....Jom ikut misi saya iaitu Misi Mencari Berat Badan #MissionOne :D

Tadaaa! Bubur ni namanya "Bubur Betty" yang berharga RM14.90 satu! Hidangan boleh tahan, nampak menarik. Lain daripada yang lain. Sedap pun boleh tahan! Hmmmm...
Air pulak. Teh Ais x2, Teh O Ais x1 dan Kopi Xoxo x1. Kopi tu minum dalam teko kaw! Haaa selalu minum macam ni kat rumah je. Hahah

Makanan paling WAJIB ! Memang tujuan datang sini sebab teringin nak merasa Pisang Cheese warna-warni ni. Huhuhu dapat jugak akhirnya! Tenung la lama-lama, saje nak buat uolls terliur. Hihihi :P
Harga? Emmm harga nanti awak tengok lah sendiri harganya kat bawah. Hanya 2 jenis makanan dan 4 air yang diorder. Dan harganya............

Terpaksa besarkan gambar supaya uolls nampak. Huhuhu. Patut la ramai yang kata mahal. Emm memang agak mahal laa hanya makan bubur dan pisang cheese jer.
Air tu cawan standard, tapi harga agak melampau :'( Yelah, NAMA je yang mahal kan. Makanan biasa je macam tempat lain jugak. Takpe lah, saje teringin nak merasa Pisang Cheese dia kan...

Secara keseluruhannya :
KESEDAPAN MAKANAN
- Bubur Betty ni rasanya biasa-biasa je lah bagi saya. Boleh laaa. Sedap lagi mama buat kot. Hehee. Cuma, hidangannya tersusun dan pinggan yang agak cantik love-love gitu. Tu je yang buat mahal kot. No komen. krik krik krik
- Pisang Cheese dia pulak memang menarik dengan colourful yang ada 5 perisa. Original, Chocolate, Chocolate Putih, Strawberry dan Blueberry. Kakak kata original yang sedap. Tapi tekak saya kata Chocolate Putih paling sedap! Ya, memang sedap. Tekak orang lain-lain kan. Sedap memang sedap. Tapi harga dia pun agak sedap lah. Emmmm
KESELESAAN DAN SUASANA
- Dari segi keselesaan agak terhad. Tak sesuai jika bawak anak kecil yang suka berlari-lari sebab tak puas nak lari. Hahaha faham-faham sudah la ye? :D
- Suasana memang classic dan style tapi agak kurang nyaman sebab terbuka dan......tak sama macam dalam gambar. Hahaha dalam gambar terbayang-bayang tempat tu satu cafe yang BESAR! No komen....krikkkk
LOKASI TAK STRATEGIK
- YA! Loksai langsung tak strategik. It means janji ada. Hmm agak mengecewakan. Tiada tempat parking, kawasan kecil dan berada di tengah-tengah kawasan jem! Oh mannnn.....terpaksa parking dekat petronas :( Tu pun kebetulan ada kosong.
Tempat parking tu ada, tapi kena berdouble-double. So? Takkan nak tutup parking orang depan, satu hal lagi kalau dia nak keluar camne pulak. Huuuu lalalalaaa tak nak komen dah. Pergi sendiri lah cuba! Hahah okey bye :D
Agak mahal..makan tuh jer tapi harga..hmm...
ReplyDeleteKan? Hmm last la kot pergi ni. Huhuhu
Delete