
Pagi ni aku bangun dengan perasaan yang sedih. Dan aku rasa, dekat blog ni je lah yang aku mampu luahkan perasaan sedih ni. Bukan sedih sebab tak gembira aku masih diberi peluang untuk bernafas lagi hari ni, tapi sedih sebab malam tadi aku mimpi kawan aku yang dah setahun meninggalkan kami semua untuk selamanya :'(

Mohamad Zariq Adam, kau telah meninggalkan kami semua untuk selamanya pada 6 september 2014. Entah macam mana, malam tadi kau boleh datang dalam mimpi aku. Kau bawak aku jalan-jalan dekat mall hanya kita berdua.
Kita meluangkan masa bersama-sama. Aku pun tak tahu kenapa boleh mimpi macam tu. Tapi, alhamdulillah. Kau happy je sepanjang dalam mimpi tu. Aku harap kau tenang dan happy di alam sana sama macam dalam mimpi :')

Bangun pagi je, aku nak capai phone. Ingat nak mesej kau sebab aku rasa macam dah lama tak tanya khabar. Tapi, aku lupa yang kau dah takde sebenarnya. Ya Allah. Aku rindu kau sangat-sangat Adam, walaupun kita tak pernah rapat dan hanya kawan biasa :(
Walaupun kita kenal baru 2 tahun, tapi rasa macam dah lama sangat kenal. Aku selesa kawan dengan kau sebab kau memang baik, sporting and kau boleh masuk je dengan semua orang. Nakal-nakal kau pun, kau still pandai hormat orang lain.

Serious, mimpi malam tadi tu aku terasa macam realiti. Dalam mimpi tu, sepatutnya kita jalan ramai-ramai dengan kawan yang lain. Tapi disebabkan yang lain ada hal, jadi kita berdua je lah yang keluar. Last sekali dalam mimpi tu, kau hantar aku balik rumah dan yang aku sempat jerit dari jauh "Bye, Adam!" sebelum kau pergi. Tak sangka kau memang pergi betul-betul. Bangun dari tidur, aku baru teringat yang dah setahun berlalu kau pergi :(
Al-kisah, semalam memang kawan kelas kita cadang nak jalan-jalan sama-sama dengan yang lain lepas balik kenduri. Ada yang free, ada yang tak. Entah macam mana, benda tu boleh masuk dalam mimpi dan kau pula yang muncul, Adam.

Ini je lah kenangan gambar kelas tingkatan 5 kita akhir tahun 2013 bersama. Dalam kelas, kau digelar korea sebab muka kau putih, mata sepet, muka pun dah ala-ala korea :)
Kau handsome sebenarnya Adam. Lagi-lagi kalau baru lepas potong rambut. Nampak kemas je, bertambah korean look nya :'D Aku rasa, kau lah yang paling handsome dalam kelas tu, memang patut la pun kau ramai peminat dekat sekolah tu.
Akhir kata, semoga kau tenang di sana Adam. Kami semua rindukan kau. Terima kasih kerana kau hadir dalam mimpi aku untuk pertama kali nya dan aku harap bukan untuk terakhir kali nya :') InshaAllah doa aku sentiasa mengiringi kau dan juga my lovely mom :)
AL-FATIHAH....
SEDIHNYAA.. HUHU AL-FATIHAH :'|
ReplyDeleteHmm terima kasih :')
Delete