Skip to main content

Showcase De'Meises Di Hard Rock Cafe KL



Selamat Hari Jumaat you all. Hehehe see! Siapa yang datang Malaysia tu :O
De'Meises Band dari Indonesia datang Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk buat Showcase kat sini laaa :D

Seriously macam tak sangka dapat jumpa De'Meises and dengar secara live Lagu Dengarlah Bintang Hatiku dan Biar Saja yang saya selalu dengar dari tahun 2012 dulu :'( Tak tahu nak nangis ke nak gembira. Terharu! Huhuhu


Showcase ni berlangsung pada pukul 3 petang dan saya sampai pada pukul 2 petang di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 7 Oktober 2015. Saya antara orang yang terawal sampai kat situ. And suddenly, De'Meises muncul depan mata. Woahhh! Lagi laa rasa tak keruan. Hahaha.

Lepastu, diorang lepak-lepak takde buat apa-apa pulak time tu. Ada je depan mata ni haaa dok sembang-sembang sesama sendiri. Tengah tunggu wartawan datang. Rasa macam datang jumpa kawan pulak. Padahal De'Meises! Huhu >_<

Okey, firstly. Kalau korang berada dalam keadaan saya time tu, apa yang korang akan buat? Nak tahu apa saya buat? Tanpa melengahkan masa...


Tadaaa! Of course la kita 'wefie' dulu. Hahahah :P

Okey, perkenalkan kumpulan De'Meises dari kiri namanya Messias Mochammad Mahdi ( Messi, Gitar ) , Neno Juliana ( Neno, Bass ) , Iman Lukman Asikin ( Iman, Vokalis ) dan kanan sekali Moch Riza Lesdiana Mulyana ( Riza, Drum ).

Amboii! Panjang betul nama diorang. Sebenarnya ada kisah di sebalik gambar ni. Maklumlah, kita nak selfie ramai-ramai tapi tangan pendek, hahah. Habis banyak terpotong pastu nampak mata je. Tengok eh apa yang jadi kat bawah ni.

SEBELUM
|
V



Dah la nampak mata je, goyang pulak tu. Huuu T_T
Lepas tu...apa yang jadi?

|
V
SELEPAS


Hahahaha! Tak pasal-pasal si Riza Meises yang tolong pegangkan xD Dia bilang "Waduhh, terpotong sudah muka nya. Gak apa, biar aku pegang kan" (baca dalam nada Indonesia taw! hahah)

Haaa kan cantik tu. Waduh waduhhh, kok bisa jadi begini yaa mas xD
Apa-apa pun, diorang ni sangat lah baik and sporting gilerrr! Dah lah baik, comel-comel, handsome pulak tu. Opppsss! :P


Sebenarnya, De'Meises telah bekerjasama dengan Ayda Jebat sebagai model dalam video klip terbarunya iaitu lagu yang berjudul "Biar Saja".

So, kejutan lagi sekali, Ayda Jebat pun dijemput hadir untuk Showcase De'Meises ni di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur! Ada tak peminat Ayda Jebat kat sini? Nanti kita belanja gambar Ayda Jebat eh. Muahahaa xP


Dalam showcase ni juga, De'Meises telah menerima Plaque "Anugerah 6x Platinum Digital Download - 1.2 million download" daripada Warner Music Malaysia untuk single pertamanya "Dengarlah Bintang Hatiku".

Untuk pengetahuan semua, kumpulan De'Meises telah ditubuhkan pada tahun 2008 lagi. Tapi, tahun 2014 baru dapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia hanya disebabkan sebuah drama di televisyen Malaysia yang menggunakan lagu mereka untuk drama tersebut. Alhamdulillah, murah rezeki mereka. Teruskan menyokong! ;) Maklumat lanjut tentang mereka, boleh klik DI SINI

Sebelum kita layan video mereka nyanyi di showcase tu, jom kita layan dulu gambar-gambar kat bawah ni. Hihihi ;D


Iman Meises (vokalis)
Eh, malu-malu pulak dia. Malu ke nak menyanyi tu? Heheh


Messi Meises (Gitar)
Haaa, ini yang paling cute dalam band ni. Haha!
*haipp! dia dah kahwin k. Anaknya comel sangat ^,^


Neno Meises (Bass)
Dia ni paling rileks, maintain cool dalam semua keadaan :D


Riza Meises (Drum)
Haaa! Saya paling suka si Riza ni. Dia paling baik and ramah!
Dia ni paling sporting, baik, peramah and paling banyak layan. Heheh


Hallo! Tak ketinggalan juga Ayda Jebat di sini :D
Mana AJ Screamer? Mana Ayda Jebat Fans? Hihihi
Ayda Jebat comel sangat-sangat! Eh dia siap salam lagi xP
.
.
.
Okey, last ! This is awesome memory guysss <3
*jangan jeles. bye :P*


Haha! Itu lah antara sweet memory saya bersama De'Meises dua hari lepas. Million thanks to De'Meises dan Ayda Jebat atas layanan yang sangat baik dan sporting. Semoga kalian sukses selalu dan diberi rezeki yang lebih luas. Selamat Maju Jaya!

Jom saya belanja video De'Meises buat persembahan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur haritu. Tapi, sebelum tu saya nak minta maaf. Suara dalam video tak berapa clear sebab terlalu dekat dengan speaker. Hehe





Comments

  1. alaa untungnya dapat tangkap gambar dengan diorang :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ni pun secara kebetulan je :D Saya pun tak sangka bole jumppa diorang...

      Delete

Post a Comment

Your comment are welcome ;)

Popular posts from this blog

Chalet Mesra Pengkalan Balak, Melaka

9 / 2 / 2016 | Hari Pertama 9 Februari 2016, hari selasa yang merupakan hari kedua untuk Chinese New Year. Pagi itu juga kami ke Pengkalan Balak, Melaka selama 2 hari 1 malam je. Short vacation saja santai-santai buat BBQ tepi pantai. Sebelum pergi, macam biasa lah. Dah lawa-lawa, kita selfie dulu. Buat kenangan, kan. Lepas tu pulak, ada geng. Memang jadi photogragpher la masing-masing. Hehe Lighting terlebih ni lah jadinya. Padahal baru pukul 8.30am masa ni. Okey, sebenarnya saya sorang je yang menyibuk ikut family pakcik saya short vacation ni. Lagi pun, memang anak dia yang ajak. Buat teman katanya. Maklum lah, dia anak sulung. Dia sorang pulak tu perempuan. Haaa so takde geng la kan :D Kami sebenarnya ada 3 sepupu perempuan yang sebaya termasuk saya. Cuma ada lagi sorang tak ikut. Sorry geng, semua ni tak rancang. Next time kita vacation bertiga sama-sama okay? ;) Sebelum mulakan perjalanan, izinkan kami selfie dulu lah ye? Hehehe :P Kelas

Jalan Jalan Cari SHELL OUT

Ok! Hari ni saya nak bawak readers jalan-jalan cari Shell Out! Jom ikut misi saya iaitu Misi Mencari Berat Badan #MissionTwo :D #MissionOne Ada Di Sini Apa itu Shell Out ? Kalau nak tahu, Shell Out ni makanan yang tengah trend sekarang! Makan makanan laut ramai-ramai atas satu meja. Alaaa lebih kurang macam makan Nasi Ambang . Kalau orang jawa , tau laa macam mana makan Nasi Ambang tu. Hehehe Comel tak kami? :P Hahaha siap pakai apron lagi macam baby. Hihihi >,< Nak makan Shell Out ni memang kena pakai apron. Maklum laa nanti nak main ketuk-ketuk kaki Crab yang besar gedabak tu pakai tukul! :D  Ada disediakan tukul dan kepit khas untuk ketuk kaki ketam ;) Memang syok laa Setiap jenis makanan laut, ada sambal dan kuah yang tersendiri. Means, nak masak sambal ke, kari ke, butter garlic ke macam-macam lah. Boleh pilih! Dan nak pedas ke tak ke semua boleh pilih. Nanti chef yang masakkan, kita tinggal makan je :D Haaa! Kalau perut dah l

FESYEN BLOUSE MUSLIMAH TERKINI

Hai readers setia saya! Hari ni mood happy, so saya nak kongsi beberapa Fesyen Blouse Muslimah Terkini dengan anda semua. Maklum lah, zaman sekarang kan fesyen itu penting! :D Fesyen Muslimah sekarang ni memang tengah dapat sambutan yang hangat dan semakin mendapat permintaan yang tinggi! Sejak 2-3 tahun yang lepas, penggemar fesyen ni dijamu dengan bermacam-macam pilihan pakaian Muslimah yang modern and trendy . Sama jugak dengan kemunculan jenama-jenama pakaian Muslimah yang makin banyak kita boleh jumpa dekat media-media sosial online, tak pun dekat shopping mall. Ada yang minat dengan design hijab zaman sekarang, style jubah yang cantik-cantik and ada juga yang obses dengan fesyen Blouse Muslimah Terkini  macam saya. Hehehe. Semua blouse Muslimah  kat bawah ni sesuai dipakai untuk ke pejabat. Boleh juga dibuat sebagai pakaian kasual untuk berhujung minggu dengan kawan-kawan ataupun family. Jom tengok! This one adalah koleksi blouse M