REVIEW FILEM PARANORMAL ACTIVITY 5 - THE GHOST DIMENSION 3D



PARANORMAL ACTIVITY 5 - THE GHOST DIMENSION

Hai readers, lama jugak blog ni menyepi atas beberapa masalah yang datang kat blog ni. Tak boleh upload gambar, video, dengan follower kejap muncul kejap hilang. Entah lah. Pelik.

So, memandangkan blog tengah dalam mood yang baik, saya nak ambik kesempatan untuk bagi review filem Paranormal Activity - The Ghost Dimension 3D ni kat korang semua sebab saya dapat tengok filem ni lebih awal daripada korang sebelum keluar wayang lagi! Hihihi ;P


REVIEW FILEM PARANORMAL ACTIVITY 5 THE GHOST DIMENSION

Firstly, cerita ni bergenre aksi seram berbentuk realistik dalam 2D & 3D. Filem ini mengisahkan tentang kejadian aneh yang berlaku di sebuah rumah. Kejadian ini dialami oleh sebuah keluarga yang baru tinggal di sana.

Okey, permulaan cerita dah ada unsur-unsur seram. Sampai di pertengahan cerita agak gempak dan makin seram dengan kemunculan makhluk-makhluk halus secara tiba-tiba depan mata! 

Tapi...Bila dah dekat pengahkiran cerita agak down sikit. Makin lama macam makin mengarut dan membuatkan cerita tu jadi tak seronok dengan penghujung cerita yang tergantung. Tiba-tiba habis macam tu je.

Macam saje nak keluarkan filem seterusnya untuk sambungan filem ni. Lepastu, ceritanya dari awal sampai habis dalam rumah je. Keluar pun tepi rumah je. Krik krik

Pemberian bintang daripada saya untuk filem ni hanya bagi 3/5 saje. Kira filem ni okey laa, tak teruk sangat and boleh laaa kalau nak cabar adrenalin korang tahap mana. Hehehe jemput tengok okey! Jumpa lagi :D

Labels: , , , , ,