Skip to main content

Happy Birthday Mama!




SELAMAT HARI LAHIR MAMA =)

30 Oktober 2015, hari ni mama genap 47 tahun. Muda lagi mama walaupun anak bongsu mama dah 19 tahun sekarang ni, kan mama? :) Cantiknya mama, ima tak boleh nak lawan. Tapi ima bersyukur sebab kecantikan mama dapat menurun dekat ima walaupun sikit, hehe :)

Ima tak pernah bagi hadiah yang mahal-mahal untuk mama. Ima hanya mampu bagi ciuman dan pelukan yang manja je setiap kali birthday mama. Dapat jadi anak yang soleh, anak yang baik pun dah cukup kan mama?

Setiap kali birthday ima pun, mama akan pangku ima bila ima dah bangun pagi, ucap selamat hari jadi dengan ciuman mama, lepastu mama akan cakap "Ni je hadiah yang mama bagi". Itu lah hadiah yang paling bermakna dan lebih berharga daripada segalanya, Mama! yang ima takkan jumpa dekat mana-mana pun :')


Tapi, apa kan daya. Hanya 13 tahun je kita dapat bersama cipta memori tu kan mama. Tak sampai 14 tahun ima dapat rasa jadi anak manja mama dengan ciuman dan pelukan mama yang tak boleh dicari ganti tu. Sebanyak mana pun ima sayang mama, ada lagi yang lebih sayangkan mama. ALLAH.

Semua yang berlaku, ada hikmahnya. Ima tau, Allah nak suruh ima hidup berdikari tanpa mama. Allah hadkan ima jadi anak manja mama selama 13 tahun je. Mama insan yang terpilih. Allah panggil mama dulu supaya mama tak hidup di zaman yang penuh dengan huru-hara ni. Allah lebih memilih tempat yang terbaik untuk mama rehat selamanya di sisi Allah :')


Hari ni hari lahir mama. Ima dah tak dapat bagi hadiah ciuman dan pelukan manja lagi dekat mama. Ima tau, hadiah yang mama nanti-nantikan daripada ima sekarang ni cuma satu. DOA daripada anak yang soleh. Kan mama kan? :)

DOA adalah hadiah yang paling bermakna dan berharga bagi mama sekarang ni. Takda yang lebih berharga melainkan doa daripada anak yang soleh. InshaAllah, ima akan jadi anak yang terbaik untuk mama abah :)


Terima kasih mama sebab dah lahirkan kami empat beradik yang comel-comel, handsome-handsome, cantik-cantik dan yang paling penting dah membesarkan kami semua dengan baik dan sempurna.

Kecomelan dan kecantikan kami semua datang dari mama :) Kehenseman dan kekacakan pula semuanya dari abah :) Bila dicampur kedua-duanya sekali, terlahirlah sifat dan akhlak yang baik daripada mama abah dan diturunkan kepada kami semua untuk diamalkan :) Terima kasih mama. Terima kasih abah.

SELAMAT HARI LAHIR MAMA dengan iringan doa daripada kami semua... =)

Comments

  1. Salam perkenalan dari follower ke 408....apapun salam takziah dan Al Fatihah untuk arwah mama awak dik, doa banyak2 dan jadi anak yang solehah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman...Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan. Terima kasih ya. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Mudah-mudahan :)

      Delete
  2. Salam kenal #412 & berkunjung balas kat sini.
    Alfatihah untuk mama ima. B strong n selalu doa untuk arwah k.
    Semoga arwah di tempat di kalangan orang2 yang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Amin...Terima kasih Fiefi Ira :')

      Delete
  3. Asalam..selamat hari lahir buat ibu ima ya,Ok Eruza akan terjah balik..nak off ya..thank datang visit blog Etuza

    ReplyDelete
  4. Muka arwah mama sis ada iras dengan muka sis. Be strong yes, sis. Saya doakan semoga arwah mama sis ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke. Terima kasih :) Amin...Semoga mama tenang di sana...

      Delete
  5. salam takziah dari saya ..muka adik sama macam muka arwah your mama. moga adik tabah menghadapi semua ujian dan menjadi anak solehah.
    tq terjah blog akk..

    ReplyDelete

Post a Comment

Your comment are welcome ;)

Popular posts from this blog

Chalet Mesra Pengkalan Balak, Melaka

9 / 2 / 2016 | Hari Pertama 9 Februari 2016, hari selasa yang merupakan hari kedua untuk Chinese New Year. Pagi itu juga kami ke Pengkalan Balak, Melaka selama 2 hari 1 malam je. Short vacation saja santai-santai buat BBQ tepi pantai. Sebelum pergi, macam biasa lah. Dah lawa-lawa, kita selfie dulu. Buat kenangan, kan. Lepas tu pulak, ada geng. Memang jadi photogragpher la masing-masing. Hehe Lighting terlebih ni lah jadinya. Padahal baru pukul 8.30am masa ni. Okey, sebenarnya saya sorang je yang menyibuk ikut family pakcik saya short vacation ni. Lagi pun, memang anak dia yang ajak. Buat teman katanya. Maklum lah, dia anak sulung. Dia sorang pulak tu perempuan. Haaa so takde geng la kan :D Kami sebenarnya ada 3 sepupu perempuan yang sebaya termasuk saya. Cuma ada lagi sorang tak ikut. Sorry geng, semua ni tak rancang. Next time kita vacation bertiga sama-sama okay? ;) Sebelum mulakan perjalanan, izinkan kami selfie dulu lah ye? Hehehe :P Kelas

Jalan Jalan Cari SHELL OUT

Ok! Hari ni saya nak bawak readers jalan-jalan cari Shell Out! Jom ikut misi saya iaitu Misi Mencari Berat Badan #MissionTwo :D #MissionOne Ada Di Sini Apa itu Shell Out ? Kalau nak tahu, Shell Out ni makanan yang tengah trend sekarang! Makan makanan laut ramai-ramai atas satu meja. Alaaa lebih kurang macam makan Nasi Ambang . Kalau orang jawa , tau laa macam mana makan Nasi Ambang tu. Hehehe Comel tak kami? :P Hahaha siap pakai apron lagi macam baby. Hihihi >,< Nak makan Shell Out ni memang kena pakai apron. Maklum laa nanti nak main ketuk-ketuk kaki Crab yang besar gedabak tu pakai tukul! :D  Ada disediakan tukul dan kepit khas untuk ketuk kaki ketam ;) Memang syok laa Setiap jenis makanan laut, ada sambal dan kuah yang tersendiri. Means, nak masak sambal ke, kari ke, butter garlic ke macam-macam lah. Boleh pilih! Dan nak pedas ke tak ke semua boleh pilih. Nanti chef yang masakkan, kita tinggal makan je :D Haaa! Kalau perut dah l

FESYEN BLOUSE MUSLIMAH TERKINI

Hai readers setia saya! Hari ni mood happy, so saya nak kongsi beberapa Fesyen Blouse Muslimah Terkini dengan anda semua. Maklum lah, zaman sekarang kan fesyen itu penting! :D Fesyen Muslimah sekarang ni memang tengah dapat sambutan yang hangat dan semakin mendapat permintaan yang tinggi! Sejak 2-3 tahun yang lepas, penggemar fesyen ni dijamu dengan bermacam-macam pilihan pakaian Muslimah yang modern and trendy . Sama jugak dengan kemunculan jenama-jenama pakaian Muslimah yang makin banyak kita boleh jumpa dekat media-media sosial online, tak pun dekat shopping mall. Ada yang minat dengan design hijab zaman sekarang, style jubah yang cantik-cantik and ada juga yang obses dengan fesyen Blouse Muslimah Terkini  macam saya. Hehehe. Semua blouse Muslimah  kat bawah ni sesuai dipakai untuk ke pejabat. Boleh juga dibuat sebagai pakaian kasual untuk berhujung minggu dengan kawan-kawan ataupun family. Jom tengok! This one adalah koleksi blouse M